Kekeliruan dalam Masyarakat


  1. Innaka ‘ala kulli shai in qadiir dan Innaka ‘ala ma tasha u qadiir tidak sama - innaka ‘ala     ma tasha u qadir bermakna sesungguhnya engkau terhadap yang engkau inginkan sahaja engkau berkuasa. Yang engkau tidak inginkan, engkau tak ada kuasa. Bermakna sesuatu yang Allah tidak inginkan ( seperti perzinaan, pembunuhan ) terjadi di luar kuasa Allah. So kalau macam itu siapa yang buat ? Innaka ‘ala kulli shai in qadiir bererti segala yang Allah kehendaki atau tidak Allah kehendaki, Allah berkuasa. Ia terjadi atas kudratullah. Ini perlu di ambil perhatian kerana ia menafikan sifat Allah. Ini point2 yang terjadi dalam masyarakat. Tiga perkara yang akan membinasakan agama; satu daripadanya adalah tergelincirnya atau kesalahan yang dilakukan oleh orang Alim, sebab hidup kita sangat2 bergantung kepada orang yang di pandang alim. Kalau betul mereka betullah kita. Kalau salah mereka, jahanam lah kita. 
  2. Adakah boleh kata “diantara sifat Allah adalah maksum” ? Nabi Maksum. Allah tidak Maksum. Maksum bermaknanya yang terjaga. Maka bererti ada yang menjaganya. Nabi Maksum. Nabi terjaga. Siapa menjaganya ? Allah. Kalau kita Allah maksum ? Siapa yang menjagaNya ? Kita kena luruskan kerana masyarakat, satu hari di mana mereka akan faham. Maka kita akan jadi orang yang dikutuk dibelakang. Lebih baik kita jujur, kita honest, kita kata kita ‘terkeliru’, kita salah...Menggunakan istilah Allah maksum itu tidak betul. Sebab sifat terjaga ini hanyalah sifat Nabi dan Rasul. Allah tidak perlu dijaga tetapi Allah yang menjaga. Kalau kita kata Allah maksum bermakna Allah ada yang menjaganya. Sifat Kudrat ( Kudratullah/kuasa ) - Kehendak Allah itu terjadi kerana kudratullah tapi kudratullah sama sekali tidak berhubung kait dengan kehendak Allah
  3. Istilah Malaikat Izrael tidak disepakati oleh para Ulama’ namanya Izrael. Dalam Quran hanya sebut Malakul Maut, Malaikat Maut. Menyandar nama kepada Izrael sebagaimana dinyatakan oleh Shaykh Albani dan beberapa Ulama’ 2 sunnah, ia di ambil daripada riwayat Israeliat. Nabi sendiri mengatakan Malakul Maut, bukan Malaikat Izrael. Dalam tafsir Ibnu Kathir memang mengiktiraf kalimat Izrael tetapi beliau membuat suatu footnote/catitan dibawah; beliau berkata penamaan Izrael in sudah masyhur dalam masyarakat bermakna secara individu, personal beliau tidak mengiktiraf hanya beliau mengatakan istilah Izrael ini sudah common digunapakai dalam masyarakat.
  4. Mengatakan sesuatu perkara yang ia adalah hasil ijtihad sebagai hukum Allah; Ini tidak boleh. Ada perkara ijtihad tidak sama seperti Qat’ii. Contohnya Solat 5 waktu ini hukum Allah kerana ada dalilnya. Tetapi perkara2 yang samar yang perlu di perdebatkan oleh para Ulama’ ada mengatakan ini halal, ini haram, ini mubah ini makruh. Maka kita tidak mengatakan ini hukum Allah. Tetapi kita mengatakan mengikut pendapat Si Fulan, hukumnya makruh. Mengikut pendapat Si Fulan lagi hukumnya mubah. Adakah ini hukum Allah. Tidak. Bukan. Ia hanya ijtihad hukum yang dibuat oleh seorang Alim bernama A misalnya. Kita perlu berhati-hati sebab apabila kita mengatakan hukum Allah, maka Allah didalam Al Quran ada menyatakan tidak ada sesuatu perkataan yang kamu keluarkan melainkan ia akan ditulus oleh Raqib dan Atid. Kemudian lagi, setiap perkataan kita akan disoal oleh Allah. Kalau kita kata ini hukum Allah, Allah akan soal kita hukum mana yang Aku kata seperti begini. Jadi perkara2 ijtihad tidak boleh kita katakan sebagai hukum Allah.
  5. Mengkhaskan gelaran2 kepada Ali. Melazimkan istilah Ali Karamallahu wajhah dengan sebutan Imam Ali. Sahabat2 lain tidak. Maka kita tidak boleh menggunakan istilah imam Ali. Maka kalau kita nak gunakan istilah imam jugak, maka semua sahabat pun mesti pakai imam jugak. Demikian juga karamallahu wajhah. Kenapa dibezakan ? Para sahabat semua Radiallahu Anhu. Alasan lain yang diberikan adalah Ali tidak pernah menyembah berhala. Sahabat yang tidak menyembah berhala itu bukan Ali seorang. Abu Bakr As Siddiq dan Uthman Ibn Affan pun tidak pernah menyembah berhala. Tapi mereka tidak dipanggil dengan karamallahu wajhah. 
  6. Mengelarkan seseorang dengan gelar contoh Ash-Shaheed Hasan Al Banat, Ash Shaheed Syed Qutb. Dilarang melabelkan sesorang dengan bagus sekalipun kecuali dengan sebuah harapan. Al Marhum bermakna seseorang yang pasti disayang oleh Allah. Ash Shaheed bermakna seseorang yang mati shaheed. Kita mengakui beliau adalah seorang pejuang Islam, penulis tafsir Fi Zi Al-Quran tapi kita masih tidak boleh mengelar beliau Ash-Shaheed.  Allah dan Nabi pun tak pernah mengelarkan. Diantara akidah ahli sunnah wal jamaah kita hanya menetapkan seseorang ahli syurga mengikut senarai yang disenaraikan Nabi ahli syurga. Selainnya tak boleh. Buktinya dalam hadith soheh Bukhari Muslim : Suatu hari Usman bin Maz’un, sahabat yang sangat2 terkenal dianatara sahabat2 lain, sengan sifat wara’, sifat zuhud, bertugas menjaga perbatasan dalam semua peperangan, sehingga para sahabat memandang paling top diantara sahabat yang lain, Ketika beliau wafat, kemudian dikafankan, disolatkan seorang sahabat mengatakan kepada Rasulullah, Ya Rasulullah, sesungguhnya dia daripada ahli syurga. Nabi bertanya kepada sahabat tadi, “Dimana kedudukan engkau dari Allah?” Maknanya sehebat mana engkau daripada Allah. Nabi kata “Sedangkan akupun tak tau aku ditempatkan dimana”. Tiba2 kamu pandai2 katakan dia pasti ahli syurga. Nabi tegur dia. Kemudian sahabat tersebut berkata ”Bermula dari hari itu, demi Allah saya tidak pernah memastikan seseorang samaada dia ahli syurga ataupun ahli neraka”. Maknanya sikap kita bagaimana? Kalau orang ini orang yang wara’, yang zuhud yang ‘alim walaupun dalam matinya, zahirnya pada mata kita, dia mati syahid, kita hanya mengatakan moga2 Allah memasukkan dia dalam kalangan para syuhada’ dan mengampunkan dosanya. Kalau dia ini ahli maksiat kita berdoa kepada Allah (kita tak boleh kata confirm ahli neraka ) mudah2an Allah mengampunkan dosanya dan menghindarnya dari azab api neraka. Itu sahaja. Sehingga menggelarkan dengan apa2 saja gelar itu bukan daripada amalan salaf-us-saaleh. Ada hadith soheh, Imam Muslim dan Ahmad : Sesungguhnya ada seseorang yang melakukan amalan ahli syurga menurut pandangan manusia, padahal pada sejatinya ia termasuk ahli neraka. Nabi kata ‘Nanti ramai orang yang kamu pada zahirnya nampak dia mengamalkan amalan ahli syurga, padahal dia ditentukan Allah, ahli neraka. Dan sesungguhnya ada pula seseorang diantara kamu yang mengamalkan ahli neraka menurut zahir pandangan manusia, padahal dia ahli syurga.’ Bermakna kita tidak boleh menilai zahir seseorang. Sebagaimana pun kita tak boleh menafikan kejadian yang nampaknya negatif kepada seseorang yang kita pandang seakan dia tak layak.
  7. Bani Israel bukan Yahudi. Dan orang Yahudi bukan Bani Israel. Bani Israel adalah kaum Nabi Musa yang taat dan mengikut ajaran Taurat dan Zabur, beriman kepada Allah dan Nabi Musa a.s.. Orang2 yang membangkang yang dikutuk oleh Allah dan menentang hukum Allah adalah orang Yahudi. Dikalangan Bani Israel itu lah orang Yahudi. Orang yang menyakiti umat Islam dan membunuh orang Islam adalah orang Yahudi. Adakah sama Bani Israel dahulu dan Bani Israel sekarang? Jawapannya adalah adakah sama Umat Islam zaman Nabi Muhamad dan Umat Islam sekarang. 

Comments

Popular Posts