Orang yang paling baik adalah yang baik dengan isterinya


Filsafat orang Arab, kasar dengan orang lelaki, tetapi kalau dia laki-laki sejati, dengan perempuan, dia tak boleh kasar.

Sahabat bertanya, Ya Rasulullah, siapakah yang diantara kami yang paling baik dalam pandangan Islam?.... Nabi bersabda, Orang yang terbaik diantara kamu, ahli ibadah, ahli jihad, ahli solat tahajjud, ahli baca al-Quran, ahli birrul walidain, iaitu ahli yang baik dengan orang tuanya, ahli sadaqah adalah orang yang paling baik dengan isterinya. خيركم خيركم لنسائكم.

Baru dikatakan lelaki sejati. Lelaki yang baik itu bukan yang setiap malam solat tahajjud, baca Quran, Isnin Khamis puasa, tapi dengan isteri kurang ajar, kasar. Itu tak baik. Kerana apa? Kalau setakat ibadah dia baik , kan itu baru habluminallah, belum habluminannas. Kalau hanya dengan kawan dia baik, itu habluminannas tapi itu orang jauh.

Allah kata, Berikan orang yang dekat itu haknya. Haknya apa? Untuk digauli dengan baik. Yang terdekat dengan kamu siapa ? Isteri atau suami (roommate). Sebelum berbaik dengan rakan sejawat ofis, sebelum berbuat baik jiran sebelah, Allah kata berikan orang yang terdekat dengan kamu haknya. Orang yang terdekat, iaitu isteri atau suami kita.

Rujuk Surah Al-Isra' [17:26]

وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا

Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Surah Al-Isra' [17:26]

Comments

Popular Posts