Ramadhan - dalam bab mengaji, kejar kualiti jangan kuantiti

Jangan lupa kita niatkan dihati kita daripada sekarang mudah2an Ramadhan kita tahun ini lebih sempurna dan lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. Dalam bab mengaji, kejar kualiti. Jangan kuantiti. Dalam bab mengaji, tidak ada hadith pun yang menyuruh kita wajib khatam Al-Quran 30 juzuk pada bulan Ramadhan. Tetapi hadith yang menyuruh kita untuk memahami dan mengamalkan Al-Quran, ribuan banyaknya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Maknanya sepanjang Ramadhan kita bertadabbur Al- Quran, memahami Al-Quran. Cukup tiga juzuk yang kita baca yang kita faham sepanjang Ramadhan daripada 30 juzuk yang kita baca tetapi dengan membawa kemurkaan Allah. Kejar kualiti Al-Quran bukan kuantiti. Jangan pulak, Oh, saya Alhamdulillah, ini baru 10 Ramadhan, dah 5 kali khatam Al-Quran. Cerita pula pada orang...... - pesanan Ustaz, kuliah 24/6/2013

Comments

Popular Posts