Persediaan Untuk Bulan Ramadhan (2015) : Kesilapan2 yang terjadi dalam masyarakat pada bulan Ramadhan
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa
yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatannya, maka Allah Ta’ala
tidak peduli dia meninggalkan makan dan minumnya.” (Shahih HR. Al-Bukhari no.
1804)
قال الله تعالى
(
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ
فَلْيَصُمْه) سورة البقرة: 185
(Beberapa
hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan
yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat
tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu”.(SQ.
Al-Baqarah: 185)
Mudah2an kita dapat berjumpa
dengan Ramadhan esok. Kerana tidak ada yang dijamin dapat melihat matahari pada
hari esoknya. Beberapa pengalaman Ustaz sebelum ini ada diantara jamaah kita yang
sihat wal'afiat, tetapi menjelang sahur, meninggal. Ada yang petang
Sya'ban, meninggal. Dimana itulah tutup usianya, dipenghujung bulan Sya'ban.
Mudah2an hiwar (perbincangan) ini
memberi sedikit sebanyak manafaat kepada kita sebagai bentuk i'dat, iaitu
persiapan atau I'daadun nafs, persiapan diri kita menghadapi bulan Ramadhan
Pemahaman Ramadhan
Ramadhan berasal daripada perkataan armadha-
yurmidhu. Maknanya membakar. Apa yang di bakar pada bulan ramadhan?. Tentunya
semua perbuatan2 buruk dan dosa. Bermakna bulan Ramadhan ini adalah untuk membakar
semua dosa2 dan keburukan.
Cantik sungguh Allah meletakkan
lepas Ramadhan, masuk Syawal. Syawal itu dari bahasa Arab suku Kinanah yang bermakna kejayaan atau peningkatan. Diharapkan dengan Ramadhan ini
terbakarlah semua perbuatan yang tak elok, dosa2 kita, penyakit2 hati dan
sebagainya. Cukuplah 11 bulan kita dengan urusan dunia kita cuba dengan sebulan
ini, kembali kepada Allah.
Kata
Imam Syafie, dalam hakikat pandangan Allah :
Manusia
terbahagi kepada dua kumpulan :
1)
hamba kepada Allah
2)
hamba kepada makhluk (bermakna seseorang yang
menghambakan diri kepada selain Allah; samaada manusia, shaitan, jabatan,
jawatan dan sebagainya).
Ramadhan mempunyai berbagai asmaa' atau gelaran seperti shahrul Quran ( 2:185), shahrul
tamreen ( bulan pelatihan), shahrul 'afwi (bulan kemaafan), shahrul sodaqoh, dan shahrul
eeman (bulan penuh keimanan).
Syarat
pertama untuk menjalani ibadah dalam Islam, adalah 'ilm (ilmu) . Sebab itulah
dalam Islam, perintah yang pertama turun adalah iqra'
(baca!). Perintah solat, perintah zakat, perintah puasa, perintah haji,
perintah jihad datang 13 tahun selepasnya. Secara implicit, Allah
mendidik kita, sebelum kamu solat, sebelum zakat, sebelum puasa, sebelum haji,
sebelum umrah, siapkan dirimu dengan ILMU dahulu. Iaitu ilmu
tentang solat, ilmu tentang zakat, puasa dan sebagainya. Barulah sempurna.
Perkara2 yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini, yang keluar daripada
tuntunan Islam di sebabkan kekurangan ilmu, terlebih semangat. Semangat mereka
untuk melakukan ibadah itu bagus tapi semangat mereka terkadang tidak dituntun
oleh ilmu. Inilah yang menyebabkan perkara2 yang tidak sepatutnya terjadi, ia
terjadi dalam Islam. Contohnya TADARUS :
Kesilapan-kesilapan yang terjadi dalam masyarakat dalam menjalankan ibadah dalam bulan Ramadhan :
1)
Pemahaman Konsep TADARUS
Dalam
masyarakat kita, sudah terlanjur perpuluh tahun, memahami tadarus itu membaca Quran bersama-sama, sebelum habis Ramadhan khatam. Ini mindset. Betul tak betul bacaan, itu nombor sepuluh,
tapi janji khatam. Terkadang 23 Ramadhan dah khatam,dan selepasnya buat pulut kuning. Tetapi...selepas
berpuluh tahun bertadarus,
bacaannya begitu jugak, tiada peningkatan sama sekali.
Padahal,
apa makna tadarus itu ? Makna tadarus (tadaarasa - yatadaarasu ) adalah saling
mempelajari, proses daripada tidak tahu kepada tahu. Dalam fasa tersebut
ramai yang mengejar khatam Al-Quran 30 juzuk, tetapi jumlah mereka yang terlepas pandang pada pentingnya membaca Al-Quran dengan benar
itupun ramai juga. Kita tidak akan jumpa satu hadith pun, dalam jutaan hadith
Nabi صلى الله عليه وسلم yang Nabi kata wajib khatam Quran sepanjang
Ramadhan. Nabi tak suruhpun. Bahkan, sebaliknya Nabi kerap menegur sahabat yang
cepat mengkhatamkan Al-Quran tetapi tanpa pemahamannya. Hadith Nabi
tegur sahabat
yang cepat mengkhatamkan Al-Quran tetapi tanpa pemahamannya ada, tapi Nabi
suruh, hadithnya tidak ada. Ini dalam konteks Sahabat.
Bahkan
Nabi sendiri pernah ditegur oleh Allah. Sebab Nabi pernah membaca laju, nak
khatam. Rujuk surah Al-Qiyamah (75: 16/17/18), ayat tadarus. Allah kata,
Muhammad, ﴿ لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ ﴾ jangan, baca laju-laju. Jangan kamu
gerak-gerak lidah kamu terlalu cepat supaya kamu cepat mengkhatamkan Al-Quran.
Nabi ditegur oleh Allah.
Bagaimana
caranya bertadarus ? Allah ajar dalam ayat 18.
﴿ فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ ﴾
﴿ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ ﴾
Kalau
kami dah siap baca, ikuti bacaan itu. Itu tadarus. Seperti Jibrael
mengajar
.
صلى الله عليه وسلم Nabi
Pada
zaman Rasul ada tak ilmu tajweed. Kalau tidak ada ilmu tajweed, bagaimanakah
Nabi baca Al-Quran ? Nabi ikut Jibrael. Apa yang di sebut
oleh Jibrael, nabi ikut sebutan Jibrael. Bacaan Rasulullah itu sudahpun
bertajweed walaupun Nabi tidak diajar theory tajweed.
Tadarus
adalah proses daripada kita tak tahu, menjadi tahu. Tadarus bukan mengejar khatam Quran.
Walaupun
kita dalam satu bulan ramadhan dengan tadarus hanya 3 juzuk atau 5 juzuk tapi
penuh dengan keberkahan Allah, itu lebih di sukai oleh Allah. Sebaliknya, kita
mengejar khatam tapi bacaan yang
tajweednya entah ke mana,
makhrajnya salah, wakafnya salah
dan sebagainya, kita akan kena hadith Nabi iaitu,
“Berapa
ramai orang yang membaca
Al-Quran tetapi pada masa yang sama Al-Quran melaknat ke atas
nya”.
Hati2.
Quran
adalah kalamullah. Quran perlu baca dengan baik dan tidak boleh
dibaca denganlaju. Tidak ada satu
hadith pun yang Nabi mengwajibkan kita khatamkan Al-Quran pada bulan
Ramadhan.
2)
Dapat menahan diri ketika berpuasa tetapi tewas diri ketika berbuka.
Ketahuilah
bahawa kejayaan satu hari berpuasa dilihat dari cara berbuka. Bersederhana.
Jangan kita berpuasa seperti kuda
liar. Dan jangan pula sampai “all
out”
bila berbuka.
3)
Sengaja melambat-lambatkan solat bahkan berani meninggalkan solat ketika
Ramadhan.
Kesilapan
yang besar. Sebagaimana pahala dilipat gandakan berpuluh atau beratus ribu kali
ganda, serupalah dengan dosa. Kalau hari biasa mungkin kita sibuk, tapi untuk
bulan puasa, kita perbaiki diri untuk tidak melambatkan solat.
Satu
amalan sunnah yang pahalanya mengalahkan ahli tahajjud, ahli baca Quran, ahli
sodaqoh, adalah seseorang yang menjadikan amalan dalam hidupnya menunggu waktu solat. Lima waktu solat ini, dia yang menunggu. Bukan
solat menunggu dia. Dia menunggu solat. Pahalanya lebih hebat dari orang yang
tahajjud. Ini di panggil Ribaat. Dan pahalanya pahala ribaat.
4)
Bermalas-malasan di waktu siang Ramadhan beralasan puasa.
Kita
lupa bahawa dalam sejarah Islam hampir semua peperangan diadakan pada bulan Ramadhan Seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang
Hunayn, bahkan pembukaan
Constantinople diadakan pada bulan
Ramadhan. Justeru sebaliknya, kita patut lebih aktif dalam bulan Ramadhan. Kalau boleh cari kelas2, kuliah2 dalam bulan
Ramadhan. Sehingga dalam satu bulan itu kita seperti masuk sebuah universiti
Antarabangsa yang bernama Ramadhan. Ramadhan Universiti. Aktifkan diri
dengan program2 ke-Islaman kerana mungkin diluar Ramadhan mungkin
program-program ini tidak ada lagi.
5)
Makan sahur tengah malam
Makan
sahur tengah malam kerana malas bangun
akhir malam - bad habit.
Pukul
berapa pun kalau di awal malam, itu bukan sahur. Sahur itu masa. Nabi kata
bangunlah kamu di waktu sahur.... Makan tak makan terserah kepada
kamu... Kita nak ambil nilai sahur itu. Pada waktu sahur itulah Allah dengar semua doa, Allah
dengar semua istighfar, Allah terima
semua taubat, Allah terima semua pengakuan dosa. Ambil masa sahur untuk
bermunajat kepada Allah. Masaalah makan tak makan, kembali kepada
masing-masing. Panduannya, kalau boleh, makanlah untuk menguatkan kita berpuasa pada hari itu.
Malam di bahagi kepada 3 :
8 -11 (awal malam) - bukan waktu
tahajjud
11- 2 (pertengahan malam) - bukan waktu
tahajjud
2 - 5 (akhir malam)
4 pagi hingga azan subuh (sepertiga malam terakhir) - waktu yang paling bagus untuk tahajjud
Tidak
digalakkan bangun pukul 3 untuk tahajjud, sebab itu masih wasatul lail, pertengahan
malam- itu masa tidur.
Nak
mula bangun pukul 4, 4:30, 5. Tahajjud dan bermunajad.
6)
Imsak tidak terdapat dalam Islam.
Imsak merupakan tradisi Arab kuno yang terbawa dalam
Islam. Ini budaya orang2 Damsyik/Syria/Damascus dahulu. Budaya mereka adalah
setengah jam sebelum subuh mereka akan berhenti makan minum.
Dalam
Islam sampai azan masih boleh makan.
Contoh
:
A)
Kita misalnya terbangun lima minit lagi nak azan, tiada masaalah, boleh makan.
B)
Kita tertidur. Bila terbangun sedang azan subuh, masih boleh ke dapur untuk
makan.
C)
Kita bangun, kita ingatkan azan lagi, waktu
tengah makan, kita dapati tengah
iqomah, apa yang harus kita buat ? Ini seperti kes Umar bin Al-Khattab. Umar pernah sekali bangun dia ingat masih belum azan. Ternyata,
beberapa suap dia makan, dah iqomah. Umar berlari ke rumah Rasulullah dengan
mulut yang penuh. Dia tunjukkan kepada Rasulullah kepada mulutnya yang
penuh. Dia tak tahu apa nak buat. nak muntahkan atau telan. Nabi senyum. Nabi
kata kunyah elok2. Minum. Berwudhu' dan terus kamu solat. Betapa Islam itu amat
manusiawi.
Sampai
bila (boleh makan) ?
Menurut
para fuqoha' / alim ulama', sampai Imam masuk ke mimbar. Itu lah paling
terakhir. Kalau bangun, Imam dah naik ke mihrab, hari tu dah tak sahurlah.
Berapa
panjangkah waktu antara azan dan iqomah ?
Ikut
pada mesjid yang terdekat. Tidak ada ketentuan hadith 5 minit, 10 minit,
15 minit.
7)
Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih.
Ini
kesilapan. Tarawih itu sunat. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' itu
wajib. Maka berjemaah pada solat fardhu itu jauh lebih utama daripada solat
sunat.
Kalau
boleh mungkin zohor di rumah, tapi berjemaah. Ajak cucu, pembantu...Asar pun
demikian. Sayang kalau tak solat fardhu berjemaah. Sampai ada penyataan, kalau
kamu tahu apa yang Rasulullah tahu, kamu akan tinggalkan semua urusan dunia
kamu untuk Ramadhan.
8)
Membuka dengan merokok/ atau membuka dengan selain makan.
9)
Memperbanyak tidur dengan alasan tidur itu ibadah.
Kalau
tidur itu saja-saja untuk biar tidak rasa lapar, tidur, itu adalah
kesalahan. Tidur menjadi ibadah apabila tidur itu untuk mengelakkan diri
daripada maksiat, yang akan mencacatkan ibadah kita. .
Contohnya
mendengar atau menceritakan tentang
aib seseorang .
Suatu
hari Nabi menceritakan kepada Aishah tentang bagaimana ibadahnya Safiah. Nabi
meminta dibuatkan bubur, buat dua, satu untuk Safiah. Apa kata Aishah? Safiah
yang pendek tu ke? Wajah Nabi berubah. Nabi
kata " Wallahi Ya Aishah,
kalau perkataan kamu itu dalam bentuk dakwat dan diletakkan ke dalam samudera,
berubah air lautan. Berubah air lautan hanya dengan sebab memanggil seseorang
itu pendek. Walaupun itu benar (yang Safiah itu
pendek). Kerana tidak ada
manusia yang ikhlas menerima kenyataan dirinya kalau dia anggap itu satu aib.
Contoh memanggil seseorang itu, juling, bulat, gemok. Memanggil seseorang itu
slim, walhal dia gemok. Ini berdosa.
Kalau
nak rujukkan seseorang, gunakan kunyah negara. Contohnya ada dua orang yang
bernama Siti misalnya. Kita nak membezakan antara mereka, jangan gunakan kelemahan dia seperti satu Siti kurus kering, satu Siti gemok.
jangan panggil Siti yang mana ni, Siti yang kurus kering atau Siti yang gemok -
jangan, ini berdosa ! Gunakan Siti yang Negori ke atau Siti Kedah. Terkadang
ada yang memanggil sesorang itu Ahmad ayam ( sebab dia bela ayam). Satu lagi
Ahmad kambing. Tak boleh. Ini berdosa. Kita melabelkan.
Mana
yang di sebutkan dosa dalam Al-Quran. Dalam surah Hujraat, 49:11.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Hai
orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan
kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka.
Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi
yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan
jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan
adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat,
maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [49:11]
Siapa
orang yang masuk kategori zalim ? Orang zalim bukan hanya orang yang menafikan
hak orang lain, mencuri hak orang lain. Melabelkan orang lain dengan label yang
menunjukkan aib dia. Itu pun masuk kategori zalim. Maka Allah menuntut, dalam
ayat ini cepat bertaubat. Taubatnya ubah panggilannya, Minah gemok, Minah
jongang, Minah sepet. Ubah.
Ayat
ini bermula dengan يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا . Kita menterjemahkan siapa yang merasa
beriman atau siapa yang mengaku diri mereka beriman, jangan lah satu kumpulan
menghina kumpulan yang lain, sebab boleh jadi orang yang kamu hina ini adalah
lebih baik daripada kamu yang menghina dia.. Dan Allah berkata lebih specific
dalam ayat ini وَلَا
نِسَاءٌ مِّن نِّسَا dan wahai kaum wanita, kata Allah, jangan
menghina wanita yang lain kerana dia mungkin lebih baik daripada kamu yang
menghina.
Contohnya
mungkinlah dia pada zahirnya biasa sahaja. Adakah kita tahu ibadah dia di rumah bagaimana?
Manalah tahu dia ahli tahajjud, ahli quran? Kita tak tahu. Dan ada lagi
disebut dalam ayat ini, وَلَا
تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ Jangan kamu merendahkan diri kamu
sendiri. Kerana, dengan kita merendahkan orang lain, kita akan
merendahkan diri kita sendiri. Contohnya didunia ini tidak ada orang yang
dihina, dia akan diam, dia akan balas
dengan menghina, Dan biasanya
balasan sebuah penghinaan itu lebih teruk daripada permulaan. Jadi, janganlah
memulakan sesuatu cacian kepada orang lain, yang mana orang itu akan membalas dengan
mencaci kita balik.
Yang
hakikatnya sama seperti kita mencaci
diri kita sendiri Itu maknanya.
Point
yang ketiga daripada ayat ini : Jangan kamu suka melabel-label kan orang dengan
label-label, kerana seburuk buruk label yang kamu labelkan orang, apa sahaja
label, selain dari orang yang beriman. Apa makna nya بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ- maknanya kita memanggil orang itu orang yang
beriman, orang yang ikhlas tu, orang yang rajin mengaji Quran itu. Selain
itu, (panggilan itu) buruk!
"Wahai
mereka yang merasa diri mereka beriman", يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا kalau kita merasa diri kita
beriman, kita terpanggil dengan ayat ini. Tapi kalau kita rasa kita orang
Islam saja, lain lah ceritanya.
Ayat
ini sama seperti puasa Ramadhan, surah Al-Baqarah 2:183 tentang puasa Ramadhan,
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Disitu
Allah mengatakan Siam. Siam adalah bentuk plural dari perkataan saum. Kenapa
Allah sebut siam, bukan saum? Kata Ulama' tafsir, yang diwajibkan oleh Allah
puasa kepada kita, bukan hanya satu, puasa perut, tapi puasa
seluruh anggota tubuh. Puasa mata, puasa lidah, puasa telinga dan yang paling
berat, puasa hati....
Kita boleh deal dengan orang lain,
tapi kita kerap kali tak dapat deal dengan diri kita sendiri. Kita boleh faham
orang lain tapi kita susah memahami diri kita sendiri. Kerap kali kita boleh
berdamai dengan orang lain tapi kerap kali juga kita tewas untuk berdamai
dengan diri kita sendiri. Kita kerap jadi mangsa kepada hawa nafsu diri kita
sendiri. Nafsu adalah self- control, management hati.
Kita
ikut pengajian, ikut klas tapi bila sampai sempadan sabar.....Siapa yang
memberi sempadan itu? Kita sendiri. Kesabaran tidak ada sempadannya.
Itulah sebabnya Allah jadikan Puasa Ramadhan supaya kita Siam, puasa hati.
Cuba
kalau selama ini kita suka suuzon (buruk sangka) dengan orang lain, latih untuk
husnuzon (baik sangka).
Kalau
selama ini kita suka orang tahu kebaikan kita, Latih puasakan hati kita untuk
tidak suka di puji oleh orang. Kalau kita suka dipuji, nanti habis pahala.
Jangan suka dipuji, nanti habis
pahala.
Dari
Nabi صلى الله عليه وسلم , bersabda "Sesiapa yang suka memperdengarkan
kebaikan dirinya, maka Allah akan sebarkan semua keburukan dan sesiapa yang
suka menunjuk nunjukkan kebaikan maka Allah akan sebarkan semua aibnya".
[HR
Ahmad dan Nasa'i.] Hadith Soheh.
Nota tambahan
:
Dakwah tidak menuntut kejayaan.
Nasihat tidak menuntut kejayaan.
Tugas kita, bila nampak maksiat,
tegur.
Dia ikut tak ikut, kembali
Jangan kita susah hati, sebab kita
nasihat orang, dia tak ikut, kita pening kepala.tak tidur malam, masuk
hospital.
10)
Tidur selepas sahur dan tidak subuh berjemaah.
Kesilapan
dalam masyarakat, bila sahur, dia berjemaah, tapi bila solat subuh,
bersendirian. Kalau kita pusingkan, sahur itu sunat, subuh itu wajib. Maka
paling elok, sahur ditakhirkan. Jadi habis sahur tu, azan subuh, just nice.
Terus solat. Jangan sahur pukul 4. Nak tunggu azan subuh itu datanglah
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
yang
membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
Ingat,
dalam surah Qaf 50 : 16 وَلَقَدْ خَلَقْنَا
الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan
oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, [50:16 ]
Kita
sebagai mak ayah lebih mengenal perangai anak2 mereka daripada diri anak2 itu
sendiri. Itu mak ayah. Apa lagi Allah. Allah tahu perangai kita
masing2. Allah tahu perangai kita yang sebenarnya. Kalau nak tutup dengan jubah
10 lapis ke, dengan serban macam tayar lori, pun Allah tahu. Sebab itu
dalam surah an-Najm 53:32 , فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ Allah kata, tak perlu kamu berlagak suci
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tiada
suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas
yang selalu hadir.
50:18
Ayat
ini sebagai peringatan bagi kita, nak cakap, fikir dahulu. Tidak ada satu
perkataan yang kamu ucapkan kecuali semua dirakamkan oleh malaikat yang setia
mencatit. Elok di catit. Buruk pun dicatit. Dalam surah Al-Kahfi 18:49,
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Dan
diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan
terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai
celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak
(pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang
telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang
juapun".[18:49]
Lihat,
dalam ayat ini Allah tidak kata orang Yahudi, orang Kristian, orang Nasrani. Allah kata mujrimiin, الْمُجْرِمِينَ orang orang yang berdosa. Tidak ada suatu yang
kecil sampai yang besar, kecuali semua detail ditulis oleh Allah. Kenapa Allah
bersikap demikian?. Kerana Allah tidak mahu menzalimi hamba2nya. Yang cantik,
Allah tulis. Yang buruk, Allah tulis. Pahala sekecil apa pun
Allah tulis. Dosa sekecil apa pun Allah tulis. Jadikan panduan, ayat ini. Nak
buat sesuatu, kena fikir dulu - Allah catit tak?
Amalan
yang paling mudah, untuk mendapatkan
pahala adalah buat
orang seronok. Ada orang mengeloh sakit, misalnaya...seperti Rasulullah-
ditubuhnya ada 17 tikaman pedang, dia kata sakitlah Rasulullah kena tikaman
pedang, Nabi kata, khoir insya Allah. Dalam keadaan apa pun kita, seteruk apa
pun terjadi, kita masih lagi optimis, khoir insya Allah.
Kalau
kita muhasabah diri, setiap daripada kita, pernah mengalami dalam hidup kita,
pengalaman yang amat sangat pahit. Masa trajedi itu, kita rasa kita tidak boleh
survive. Kita rasa kita tak boleh, kita nak mati, kita lemah, pada masa itu.
Tapi pada hakikatnya, kita masih hidup hingga saat ini. Kerana apa ? Kerana
Allah sayang kepada kita. Dan Allah sudah berjanji, Allah tidak akan
memberi kepada kita beban, melebihi kemampuan yang dapat kita dapat menanggung.
11)
Masuk bulan ramadhan dengan harta benda kita masih ada lagi yang haram.
Niatkan
daripada sekarang untuk mensucikan harta benda kita. Walaupun kita rasa
alhamdulillah kita tidak terlibat dengan benda yang haram. Kita rasa...Kita tak
tahu. Mungkin ada hak hak orang yang kita terlepas pandang. Lebih baik
lebih daripada kurang.
12)
Terlalu sibuk mempersiapkan diri menyambut Raya, khasnya pada 10 akhir
Ramadhan.
Ini
adalah kebiasaan yang buruk yang terjadi dalam umat
Islam. Justeru pada 10 malam terakhirnyalah Allah menyimpan rahasia Ramadhan.
Allah menyembunyikan azimat ataupun karomah dengan adanya malam lailatul
qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan. Sebab itu Nabi dan para sahabat pada 10
malam terakhir, lebih rajin beribadat. Nabi mengkuatkan ikatan
kain beliau dan membangunkan isteri2 beliau, keluarga beliau,
untuk mendapatkan fadhilat lailatul qadr. Siapa yang beribadat
pada malam tersebut, tepat pada malam lailatul qadr, pahalanya seperti
seseorang yang tidak berhenti beribadah selama 83 tahun lebih 6 bulan.
Comments