Apa maknanya Ramadhan ?
Apa itu yang dipanggil dengan Ramadhan? Ramadhan dari perkataan bahasa Arab yang bermakna membakar. Yang diharapkan dengan ibadah Ramadhan itu dapat membakar semua dosa dan kesalahan selama 11 bulan yang dikerjakan sebelum Ramadhan. Itu tujuan asal mulanya. Dipanggil ia bulan Ramadhan diharapkan dengan aktiviti2 ibadah yang dilakukan pada bulan ini maka terbakarlah semua dosa dan kesalahan yang dilakukan 11 bulan sebelum Ramadhan. Sebab itu kita hendaklah memastikan yang dibakar itu adalah dosa atau kesalahan yang dilakukan. Bukan diri kita yang dibakar dengan juadah, hidup berfoya-foya. Seorang yang all out, untuk menyambut Aidil Fitri, dia gagal Ramadhan.
Yang terjadi pada zaman Nabi s.a.w., mereka menyediakan diri untuk menyambut Ramadhan bukan menyambut Hari Raya. Ramadhan itu dalam Islam seperti tetamu agong, sementara Aidil Fitri ini, tamu itu dah nak balik dah. Jadi, kalau kita nak menyambut tetamu Agong, penyambutan yang luar biasa itu menyambut Ramadhan, bukan menyambut Aidil Fitri. Sesiapa yang terpaksa tukar langsir, tukar sebelum Ramadhan, sesiapa yang nak cat rumah, cat sekarang, nak ganti sofa, ganti sekarang, sebelum Ramadhan. Salah bila nak tunggu hari Raya.
Jadi, Ramadhan itu tetamu Agong yang bakal kita sambut dalam diri kita, dalam keluarga kita, dalam masyarakat kita, dalam negara kita.

Comments