Bermuhasabah dalam kedatangan bulan Ramadhan ini

Ya Allah, 11 bulan Ya Allah, saya sudah sibuk dengan aktiviti dunia, takkanlah sebulan yang mungkin  ini bulan yang terakhir dalam hidup kita, mungkin ini Ramadhan terakhir dalam hidup kita. Takkan bulan ini pun kita nak dunia jugak. Betapa kita tidak adilnya pada diri kita.

Ambil masa sebulan ini. Kalau yang biasa dengan aktiviti luaran, tolong dalam sebulan ini, kita hadkan unless kita terpaksa keluar.  Tapi yang sifatnya saja2. Tolong kita hadkan. Kenapa ? Sayang.....

Mungkin ada orang yang suka menziarahi kawan. Bagus. Tetapi kekadang bila menziarahi kawan ini tidak terlepas dari membicarakan orang lain. Niat nak ziarah. Contohnya kita jumpa kawan kita A, kita kata " Eh, kenal tak si B ni....Saya dengar kan....." Habis dah. Kita masuk  3rd person, kita kata "Uish, kita puasa ni...." Hati-hati. Bila nak tunggu azan, di masjid, nak dekat buka puasa ni, sembang2, lepas tu cakap pasal orang....kosong. Dia tak perasan...

Comments

Popular Posts