Hijrah

Hijrah dari segi bahasa bermaksud perpindahan atau meninggal. Dari akar bahasa "hajara". Dari segi istilah pula kita boleh buka dalam Surah An-Nisa (surah 4), ayat 100, kita akan jumpai konsep Hijrah. Dalam ayat ini kita boleh buat satu conclusion bahawa "Hijrah itu adalah perpindahan dari satu keadaan atau satu tempat yang buruk menuju kepada satu keadaan atau tempat yang lebih baik demi mencapai keredhaan Allah swt". Ini makna Hijrah yang sebenarnya. 

Tapi Allah bagi syarat dahulu, hijrah itu mesti fii sabil bukan fi sabiili business atau fii sabiili berniaga. "Tak boleh ke, Ustaz, berniaga? Niat berniaga itu datang selepas kerana Allah, letak Allah dahulu.


Apa yang perlu kita hijrahkan ? Aqidah, Syariah, Muamalah, Akhlak.

  1. HIJRAH Aqidah : Perpindahan daripada Syirik kepada Tauhid
  2. HIJRAH Syariah : Perpindahan daripada Bid'ah kepada Sunnah
  3. HIJRAH Mu'amalah : Perpindahan daripada sifat Khid'ah (menipu, tidak jujur, tidak tulus) kepada Ikhlas
  4. HIJRAH Akhlak : Perpindahan daripada Akhlak yang Su' (buruk) kepada Akhlak yang Karimah (mulia)


HIJRAH Aqidah : Perpindahan daripada Syirik kepada Tauhid


Syirik yang macam mana, kita tanya ? Kita kata kita tak pernah menyembah berhala, Alhamdulillah tapi tanpa kita sedar, khasnya dalam masyarakat kita, masyarakat melayu, meyakini yang namanya tatayur, dalam ilmu syariah. 

Tatayyur itu bermakna meyakini sesuatu itu mendatangkan sial atau kebaikan.
Contohnya: mempercayai tarikh sekian tak elok, bulan sekian tak baik. Masuk kategori tatayyur adalah bila dah keluar dari rumah bila nak pergi haji tak boleh tenguk belakang, adalah tatayyur, itu syirik. 
Kalau sudah tawaf wada', tak boleh lagi tengok ka'bah, tak boleh berbelanja lagi, itu semua tatayyur.

Tatayyur adalah budaya jahiliyyah yang dikembang biakkan, dibawa daripada ajaran2 hindu dan pagan dalam kehidupan kita orang melayu, yang kita maklum, sebelum Islam, ditanah kita ini dikuasai oleh agama hindu dan buddha.

Perkataan Tatayyur itu kita jumpa dalam surah Yasin dalam surah 36:18-19

Perasaan sial kerana seseorang ataupun apa sahaja selain Allah itu syirik. 

Itu sebabnya kita tak boleh memaki syaitan. Kenapa ? Syaitan bangga. Sebab dia berasa sebab dialah orang itu menjadi seperti itu.

Suatu hari ada sahabat yang terjatuh pedangnya dari kudanya. Dia kata "Celaka syaitan". Nabi kata " Jangan cakap macam itu". "Ucapkanlah Bismillah". Dengan nama Allah. Maknanya apa? Jatuh itu kerana Allah. Kalau kita kata bila jatuh tu, celaka syaitan, bermakna seakan-akan syaitan yang membuat kita jatuh. Kita hanya boleh mengatakan, apabila sebut syaitan ataupun iblis, kita gelarkan dengan bintang kehormatan dia, laknatullah, semoga Allah melaknat dia.

Kalau disebut Muhammad s.a.w., kita jawab dengan solawat. Bila sebut nama sahabat Nabi, contoh, Abu Bakr, kita sebut radiAllahuanh. Kalau kita sebut Al-Imam As-Shafie, ikuti rahimahullah. Satu hari Nabi menjumpai iblis, gelarkan laknatullah. Disebut Nabi2 yang lain, Nabi Isa, alaihissalaam. Ini satu sunnah yang diamalkan ulama' yang solih. Gelarkan seseorang itu sesuai dengan gelar kehormatannya.

Syrik yang kita tidak kita rasa adah tatayyur . 

Kalau orang awam itu meyakini tatayur ini, kita kata "tak apalah". Tapi kalau orang yang sudah belajar masih meyakini lagi tatayyur ini, masyaAllah...

Tatayyur yang tidak kita sedar seperti tradisi dalam masyarakat ; contoh yang simple, membuang uri bayi. Bila nak tanam uri, letak pensil; bila nak tanam, diazankan uri itu, dia kata ini bahagian daripada manusia. Sebenarnya tak ada masaalah, tidak ada kaedah penanaman dalam Islam, buanglah mana2, di tong sampah,tak dikorek anjing atau kucing dsb, boleh buang ke laut, ke sungai. Kenapa orang dulu2 mereka menanam sebab mereka takut kalau buang sebarang tempat, anjing atau kucing seret2 nanti kotor. Tidak ada upacara khas nak buang uri. Meyakini ada upacara khas membuang uri dan sebagainya itu tatayyur. Dengan meletak pensil, dengan harapan orang ini menjadi pandai, itu tatayyur. Masukkan jarum supaya dia pandai menjahit, tak payah.

HIJRAH Syariah : Perpindahan daripada Bid'ah kepada Sunnah

Sengaja mencutikan diri pada 1 Hijrah itu bid'ah - tidak ada tuntutan dalam Islam. Sempena Maulid Nabi maka di cuti, itu bid'ah. Kesukaan orang Islam/Melayu suka banyak bercuti, gaji lebih. Islam itu bukan agama pemalas. Konsep rehat dalam Islam itu bukan langsung tidak ada aktiviti. "Faiza faraghta fan sab". Apabila kamu sudah selesai dari mengerjakan sesuatu pekerjaan, maka mulakanlah pekerjaan yang lain. Bermakna rehat dalam Islam adalah perpindahan dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain. Konsep rehat dalam Islam itu bukan langsung tidak ada aktiviti. 

Katakan lah hari ini kita tak pergi office, tetapi tak boleh langsung tidak ada aktiviti. Kita tukar aktiviti pergi office dengan kemas rumah, potong bunga, bawa anak2 pergi KL ke, dsb. Mesti ada aktiviti. Orang yang beriman itu, berehat nya di Jannah - Arrahtu fil jannah - Orang yang beriman itu di dunia itu, yang dia tahu hanyalah bekerja, berusaha ; tidurnya hanya merupakan satu usaha/aktiviti supaya lepas bangun itu dia lebih giat lagi berusaha.

Kalau kita melihat  di dalam kebiasaan masyarakat yang suka melakukan bid'ah; biasanya mereka merasa tidak cukup apa yang mereka lakukan sehinggakan mereka mereka perlu memperbanyakkan ibadah, bukan menyempurnakan.

Yang dituntut dalam di Islam dalam bab ibadah ini bagaimankan kita menyempurnakan ibadah yang sedia ada, bukan menambah atau memperbanyakkan dari yang tidak ada menjadi ada. Buktinya dalam surah Al-Mulk, ayat ke-2. Didalam kitab tafsir Ibn Kathir seorang aalim dalam mazhab Syafie. "Dialah Allah yang telah menjadikan semua perkara dalam kehidupan dan kematian itu supaya Allah hendak menguji kamu, mana diantara kamu paling bagus paling sempurna amalannya. Yang dituntut oleh Allah, yang paling sempurna, bukan "akthar", bukan yang paling banyak amalnya. Disini tulisnya "Ahsan" bukan "Akthar". Akthar itu ismu tafdil dari perkataan katheer. Dalam surah Al-Mulk dikatakan Ahsanu 'amala. Tidak sama denga Aktharu 'amala.

Kalau Allah kata Aktharu 'amala bermakna jom kita buat ibadah, yang Allah tidak suruh pun kita buat jugak. Kenapa? Sebab Allah nak cari orang yang paling banyak ibadahnya.Kita mengejar yang paling banyak. Tapi Allah tidak kata Aktharu Amala. Yang Allah tuntut dari kamu adalah ahsanu 'amala. Maknanya dari apa yang Allah sudah suruh itu, yang Nabi contoh tu, sempurnakan. Contohnya solat. Kita dah solat 5 waktu. Tapi bagaimana 5 waktu itu betul2 mengikut Nabi s.a.w.. Jangan tambah. Yang sedia adapun kamu belum kamu sempurnakan, nak tambah apa.

Sebaik- baik petunjuk adalah petunjuk dan contoh hanyalah petunjuk dan contoh yang datang daripada Rasulullah Muhammad s.a.w.. Jangan ikut solat Ustaz, jangan ikut solat Ustazah. Ustazah saya ajar saya begitu Ustaz, kena kepit, bermakna agamanya agama Ustazah bukan Rasulullah. 

HIJRAH Mu'amalah : Perpindahan daripada sifat Khid'ah (menipu, tidak jujur, tidak tulus) kepada Ikhlas

Orang ikhlas yang dia tahu ialah memberi. Dia tak peduli samaada dia mendapat payback atau tidak. Dia tidak berharap, dia tahu yang bila dia masak sayur, dia lebihkan, dia bagi jiran sebelah; kalau dia bagi jiran sebelah rendang, dia tak berharap, next time orang sebelah membalas pemberiannya. Yang dia tahu, dia memberi sahaja. Dalam keluarga dipanggil mu'aasharah. Dalam mu'aasharah ada mu'amalah tapi dalam mu'amalah tak semestinya ada mu'aasharah. Mu'aasharah hubungan yang lebih dalam dan lebih dekat, iaitu suami dengan isteri, isteri dengan suami, emak dengan anak, anak dengan emak. Hubungan kekeluargaan. Tapi mu'amalah adalah hubungan sosial. Hubungan secara luaran sahaja. Dalam dua hubungan ini mesti ada ikhlas. Dimana seorang isteri, dia tahu hanyalah untuk berbuat yang terbaik untuk suaminya dan anak2. Demikian juga suami, dia tahu hanyalah untuk berbuat yang terbaik untuk isterinya dan anak2.

HIJRAH Akhlak : Perpindahan daripada Akhlak yang Su' (buruk) kepada Akhlak yang Karimah (mulia)

Diantara akhlak yang su', tanpa kita sedar adalah kalau kita keluar pakai baju cantik2 tapi kita solat kita pakai yang seada, t-shirt yang koyak. Bila dengan orang kita jaga betul adab dengan orang tersebut. 

Dengan semangat hijrah ini, bagaimana kita cuba bersihkan, kita mencuba perfect dengan orang dengan Allah pun kita sebegitu. Cuba kita sempurna dihadapan Allah.


Comments

Popular Posts