Kullun ya'malu 'ala shakilatihi

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا

Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.
Al-Isra' 17:84

Manusia itu terikat dengan keadaan dirinya, terikat dengan ketentuan garis yang Allah gariskan. Cepat, lambat, jatuh....... 'ala shakilatihi. Setiap orang membuat  sesuatu mengikut keadaan dan keadaan itu sudah ditentukan oleh Allah.  

Apabila kita memahami ayat ini, tidak ada dalam kehidupan itu ada perasaan menyesal. Tidak ada istilah menyesal bagi orang yang beriman. Proses it di gariskan oleh Allah. Kita memahami ayat ini, tidak boleh menyerah kepada takdir. Maknanya kita berusaha dan hasil pada usaha tadilah yang dikatakan shakilat, keadaan yang ditentukan oleh Allah. Jangan kita memahami ayat ini dengan tidak berusaha, itu berdosa. Ayat ini sebenarnya ayat tafa'ul, ayat yang membuat sesorang itu optimis. 

Maka untuk orang yang beriman, tidak ada istilah menyesal berbuat sesuatu yang sudah di lakukan. Sesuatu yang sudah berlaku, itu semuanya 'ala shakilatihi, merupakan ketentuan daripada Allah.  Apa yang kita lakukan ini adalah sedang dan akan dilakukan. Maka selagi kita tidak tahu shakilatihi itu, kita ya'mal. Kita dalam zon ya'mal. 

Quran ini masyaAllah.  Allah tidak kata kullun 'ala shakilatihi ya'mal.  Allah kata kullun ya'mal 'ala shakilatihi. Manusia itu sentiasa dalam zon yang dia mesti berusaha. Tapi decision daripada usaha itu, ya'mal itu adalah shakilatihi, sudah ditentukan oleh Allah. Kalau ayat ini kullun 'ala shakilatihi ya'mal bermakna tak payahlah kita nak berusaha,  Allah dah tentu semua, tinggal kita buat saja. Tapi Subhanallah Allah kata ya'mal dahulu, baru 'ala shakilatihi. Do your best, buat yang terbaik, hasilnya baru shakilatihi. 

Allah tiada pernah sekali kali menzalimi hamba hambanya. [3:182]. Sesuatu yang pahit diterima, anggaplah jamu kehidupan. Jamu itu pahit, ubat itu pahit, untuk di telan tapi baik untuk kehidupan.  Anggap sesuatu yang tak elok bagi kita itu terbaik sebenarnya. Sesuatu yang tak baik dalam pandangan manusia itu baik bagi Allah.

Diumpamakan seorang anak ketika menyikapi tindakan orang tuanya. Berapa ramai anak yang menganggap mak ayah tak adil . Dia tak tahu menilai. Dia kata mak ayah tak adil lah. Dia pandang abang dia dapat kereta.  Tapi Abang dia universiti, dia spm. Akhirnya kita mak ayah diam sebab nak layan pun tak guna.

Samalah macam Allah dan hambanya. Kerap kali hamba Allah ini dia protes dengan Allah. Dia nak nak nak. Why why why....At the end kamu akan faham....

Kata Umar bin Khattab,  Aku tak peduli, pagi aku macam mana, kalau aku sakit pagi itu, itu yang terbaik bagi aku. Kalau petang itu aku sakit, itu yang terbaik bagi aku. Kalau besok pagi aku sihat, itu yang terbaik. Kalau petang nanti sakit, itu yang terbaik. La ubaalii. 

Semua tindakan Allah, walau nampak pada manusia itu zalim, semua demi kebaikan kita.

Comments

Popular Posts