Kenapa pencinta sunnah begitu beriya-iya untuk membanteras bid'ah?
Kenapa pencinta sunnah, pergerakkan sunnah, mereka bukan hanya berdakwah tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengambil sikap tolak ansur dalam membanteras bid'ah. Mereka tidak mengambil sikap 'biarkanlah mereka, itu antara dia dan Allah'.
Kenapa kita perlu untuk membanteras bid'ah yang berlegar dikalangan masyarakat? Jawapannya adalah kerana kita ingin memengembali hak Allah kepada Allah.
Apakah dia hak Allah ? Hak Allah adalah untuk tidak dicampurtangani dalam urusan2 agama. Bukan hanya hak Allah untuk di sembah, ditaati tetapi hak Allah adalah supaya makhluk tidak campurtangan dengan urusan agama Allah.
Kerana tugas makhluk adalah tunduk dan taat. Bukan tugas makhluk untuk mengubahsuai agama. Kita harus faham mengapa orang sunnah begitu beriya- iya untuk membanteras bid'ah. Bid'ah bukan dari segi praktikal amalan ibadah sahaja, bid'ah juga dalam akidah, syariah, akhlak atau adab.
Keinginan dan semangat golongan sunnah untuk membanteras bid'ah bukan pada bid'ah nya tetapi lebih dalam daripada itu, iaitu mengembali hak Allah kepada Allah, untuk tidak campurtangan dalam urusan agama Allah, kerana tugas manusia adalah melaksanakan perintah, bukan, mengubahsuaikan agama.
Kita maklum bahawa Nabi adalah kekasih Allah. Kalau Nabi sendiri, sebagai kekasih Allah, apabila melibatkan agamanya Allah, Nabi diberi sempadan. Nabi diberi ugutan yang sangat keras, dalam surah Al-Haqqah 69:44-46
وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ
Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami
لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ
niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.
ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ
Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.
Kalau Nabi sendiri diugut oleh Allah, kalau Muhammad itu meng-ada adakan, membuat bid'ah, memperkatakan apa yang kami tak pernah kata, menyuruh, menyuruh apa yang kami tak pernah suruh, kata Allah, kami rentap di sebelah kanan nya dan kami pastikan untuk memotong urat jantungnya. Bermaknanya Allah marah. Bagaimana manusia begitu berani merubah dan mereka-reka agama Allah. Ini sebagai peringatan kepada kita bersama.
Urusan agama adalah hak Allah. Manusia hanya menjalankan perintah Allah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmiAVxOhXYLHCV-z1_XJQVeTumzpZi3vqndUSh4ooWtv5K49hcgH-xqNAFc1FiY_mmRtYSAdCycgCvrNLGif0zZAUWZSDxBbxB0mcpw-CfCp5WgRyeelJqsLABdv141bosM5HLxmM4z8VG/s320/IMG_9904.jpg)

Comments