Amalan apabila dua orang muslim berjumpa antara satu dengan yang lain

Hadith daripada Baraa' bin 'Aazib
Hadith Abu Daud dari sanad yang soheh, kitab Sunan Abi Daud bab adab 142

Tiadalah dua orang muslim berjumpa antara satu dan yang lain, kemudian mereka saling bersalaman melainkan Allah telah mengampuni dosa mereka berdua hingga sebelum mereka berpisah. 

Berdasakan atas hadith ini, Ulama' besar Al-Imam Al mubarak Fuuri daripada Pakistan dalam kitab Tuhfatul Ahwazi Jilid 7 m/s 429.

Maka, selayaknya apabila kita berjumpa dengan orang lain, bersalaman sambil mengucapkan, alhamdulillah, yargfirullahu lana wa lakum
Bermakna Semoga Allah mengampuni kami dan kamu juga.
Seandai umat Islam melazimkan sunnah2 ini maka tidak ada permusuhan.

Fiqh ul Hadith :
1) salah satu cara penghapusan dosa adalah dengan bersalaman bersama muslim ( tapi jangan terkeluar drp syariat)
2) Ucapan yang sepatutnya yang diucapkan ketika berjumpa mengikut Imam Mubarak Al Fuuri berdasarkan hadith di atas adalah 
a) membaca tahmid (Alhamdulillah)
b)  baca Yaghfirullahu lana wa lakum
c) Tiada sandaran hadith atau dalil yang menjadi kebiasaan masyarakat pada hari ini iaitu berselawat apabila bersalaman.

Membaca selawat itu tidak salah tetapi menjadikan selawat itu sebagai satu ucapan yang dilazimkan ketika bersalaman, itu yang salah.

Kita kena faham kosep bid'ah.
Bid'ah itu bermula daripada amalan yang mubah. Mubah itu harus. Kemudian apabila dilazimkan dan terbentuk yang hukum baru, menjadi bid'ah.

Comments

Popular Posts