Apabila seseorang itu rajin beribadah pada bulan Ramadhan, itu biasa
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVhnZymZaJ54qQE3fTdAdlCRHEh_4i9aHbEoYDJrTIRrCk6AXrxArDDOpU8YSPFA_wcw9pj1LSdIOPrAf3qKVysuE3rEh7EctYs90B-ZaVq80FxylpN54brlEE3eXbVYTcer2-nH-teJJY/s1600/IMG_6224.jpg)
Apabila seseorang itu rajin beribadah pada bulan Ramadhan, itu biasa.
Tetapi apabila aktiviti ini kita teruskan pada sebelas bulan yang datang selepas itu, itu luarbiasa
Mudah2an Allah menerima semua amal ibadah kita, mengampuni semua dosa2 kita, memperbaiki semua amalan kita dan memberkati kehidupan kita hingga kelak pada hari kiamat. Allahumma amin Ya Rabbal 'alamin.
Apabila berlalu Ramadhan bukan bermakna berlalu semua aktiviti. Justeru malah apabila kita masuk kepada bulan Syawal, bermakna kita memulakan satu aktiviti yang jauh lebih penting iaitu mengaplikasikan apa yang Allah telah melatih kita selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Sebelas bulan yang berbaki daripada sesudah Ramadhan adalah sebelas bulan yang menjadi tanda samaada Ramadhan kita berjaya ataupun tidak. Sebelas bulan yang kehadapan inilah yang mementukan samaada Ramadhan kita pada tahun 1435 hijrah yang baru kita lalui itu berjaya ataupun tidak dilihat dari sebelas bulan kehadapan. Sehingga kata Imam Asqalani,
perkataan minal aaideen wal faaiziin, Semoga kita menjadi orang2 yang kembali-Di sini ada dua pengertian- adakah kembali kepada fitrah ataupun kenbali kepada siapa kita sebelum Ramadhan. Yang diinginkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم adalah sesiapa yang menyempurnakan Ramadhan nya, kemudian dia menyempurnakan eid-ul fitri dan zakat fitrahnya maka apabila dia berganjak dari solat eidnya, maka bila bermula dari situ, disisi Allah, dia di pandang seperti bayi yang baru lahir dari kandungan ibunya. Sebab itu dipanggil dengan eid-il fitri, kembali kepada Fitrah, kembali kepada kesucian diri. Itu yang diharapkan. Tapi hati2, ada juga pilihan kedua, iaitu kembali sebagaimana sebelum Ramadhan. Hanya kita yang memilih.
Sebab itu apabila ada orang rajin beribadah pada bulan Ramadhan, itu biasa. Sebab hampir semua orang ketika bulan Ramadhan mencari kesempatan untuk mendapat fadhilat Ramadhan. Tetapi apabila aktiviti ini kita teruskan pada sebelas bulan yang akan datang, itu yang luarbiasa. Kita tak mahu menjadi orang yang biasa biasa. Cuba menjadi orang yang luar biasa- maknanya apabila Ramadhan kita boleh khatam Quran, salah ke kalau Syawal ini kita khatam Quran walaupun sekali? Syawal, Dhulqo'dah, Dhulhijjah, Muharram, Safar, Rabii'ul Awal, Rabii'ul Thani, Jumaadah Uula, Jumaadah Thaniah, Rejab dan Sya'ban. Sebelas bulan ke hadapan kita cuba buat macam Ramadhan walaupun mungkin bukan setiap hari, aktiviti yang baik bulan Ramadhan jangan ditinggalkan sebagaimana Ramadhan meninggalkan kita.
Matlamat daripada Ramadhan kita lihat di dalam Surah Al-Baqarah 2:183. Perubahan kita bukan sahaja dilihat dalam ibadah madhah, ibadah dalam bentuk pergerakan, tetapi juga dalam bentuk akhlak. The highest level adalah menjadi orang yang bertakwa. Keterangan dari Imam Abu Laits As- Samarqand. Beliau menerangkan makna disebalik takwa. Matlamat daripada puasa adalah takwa. Takwa terjadi daripada huruf dimana setiap huruf mewakili sifat basic yang ada pada orang yang bertakwa. Apa sifat basic yang mesti ada pada orang yang bertakwa? Iaitu sifat tawaddhu', qona'ah, wara' dan yakin.
1) Tawaddhu' (ت) - sudahkah takwa menjadikan kita peribadi yang humble? Atau adakah kita masih, keras kepala yang angkuh, yang sombong, yang susah menerima pandangan orang lain. Yang hanya ingin dihormati, tidak mahu menghormati. Hanya ingin dihargai, tidak mahu menghargai orang lain. Tawaddhu' kepada Allah, pada manusia (hablu min An-nas) dan tawaddhu' pada diri sendiri (nafs) bagaimana humble pada diri sendiri ? Sedar bahawa we are nothing without Allah.
2) Qona'ah (ق) - berpuas hati dengan apa yang Allah sudah berikan kepada kita. Dari qona'ah akan lahir sifat syukur. Mustahil orang bersyukur kalau tidak ada sifat qona'ah dalam dirinya. Dia akan sentiasa rasa kurang, kurang dan kurang.
(Nota : Tawaddhu' Qon'ah adalah pelajaran akhlak bukan tasauf)
Syukur ada 1) syukur qouli, syukur dalam bentuk lafaz, ucapan dan 2) syukur fe'li, syukur dalam bentuk perbuatan, meletakkan sesuatu pemberian sesuai dengan apa yang diinginkan oleh si pemberi. Rujuk surah Ibrahim ayat 7. Allah berjanji, kalau kamu pandai mensyukur nik'mat, don't worry Aku tambah. Ini janji Allah. Janji Allah bukan janji politik. Janji Allah pasti ditepati. Tapi kalau kamu tak pandai bersyukur, Allah kata tunggu, azab. Tidak guna kita kata Alhamdulillah sejuta kali, zikir, tapi masih bukan letak ni'mat Allah bukan pada tempatnya. Ini belum dikatakan bersyukur.
3) Wara' (و) - Wara' adalah satu sikap untuk mengelakkan diri terlibat kepada perkara yang shubuhat. Perkataan wara' ia berbeza dengan pemahaman wara' masyarakat umum. Masyarakat memahami wara' itu rajin ke masjid.
Bulan ramadhan itu menjadikan seseorang itu lebih wara' lebih selektif dalam memililih apa yang dia hendak memilih dalam hidupnya.
Shubuhat
Shubuhat itu tak jelas; nak kata haram, tak haram, nak kata halal, tak halal. Ia satu sikap untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam urusan atau perkara perkara yang shubuhat). Contohnya bank; alhamdulillah dinegara kita ada pilihan, ada bank islam, ada yang conventional; walaupun yang islam itu tak 100% islam. Tapi sekurang kurang nya ada option. Antara perbankan non islam dan islam, maka kita pilih yang islam. Maknanya kita sudah menjaga diri kita daripada jatuh kepada perkara yang shubuhat. Tapi kalau kita masih pilih bank yang conventional, walhal ada pilihan yang islam, (walaupun yang dikatakan islamic bank, tapi ia tak sepenuhnya) maka pilihan itu ditangan kita. Kerana efeknya itu pada perkara perkara yang lain.
Contoh lain, saham; antara asb dan asn, kalau yang difatwakan halal oleh majlis fatwa, kita pilih yang halal oleh majlis fatwa.
ما لا يدرك كله لا يترك كله
Apa apa yang tidak diketahui atau dicapai semuanya, jangan ditinggalkan kesemuanya. Ini kaedah fiqh. Segala apa urusan yang tidak kamu sempurnakan keseluruhannya 100%, tidak menjadi alasan untuk kamu meninggalkan sepenuhnya.
Contoh muslim Russia, ada sekatan untuk memakai tudung, hijab. Hukum tetap
sama, tapi mungkin dengan minim, dengan tudung yang minim. Maknanya jangan sebab kamu tidak dapat buat semua menjadi sebab kamu meninggalkan semua.
Contoh lagi ; kuliah kita habis pukul 1130 misalnya, kita ada urusan. Berbaki tiga puluh minit. Syaitan kata jangan, malu ! Padahal 30 minit itu pun alhamdulillah. Jadi
datang juga. Yang berbaki itulah Allah beri kepada kita.
Contoh dah nak masuk waktu asar, kita tertidur, waktu zuhur tadi, . Kita tenguk 430 azan. 435 kita baru bangun. Kita kata takpalah tunggu asar sekali. Tak boleh. Haram. Solat dulu. Solat zuhur !
Contoh lagi: saya tak berapa pasti berapa saya kena bayar zakat tahun ini. Keluarkan zakat, kalau kurang, kita top up, yang terlebih jadi sodaqah
4) Yaqin (ي) - melahirkan individu yang yakin pada janji Allah, yakin kepada Islam.
Tugas kita selepas Ramadhan adalah :
1) istiqomah, mengekalkan aktiviti yang kita sudah lakukan daripada kebaikan pada bulan Ramadhan. Kemudian,
2) meningkatkan diri; contoh bila lapar pun boleh khatam, patutnya bila dah kenyang, lagi banyak
3) sentiasa muhasabah diri, self reflection - Kata Umar, hitunglah dosa kamu, sebelum kamu dihitung oleh Allah.
Comments