Lima syarat untuk menjadi orang yang berjaya

Surah 3 Ali Imran, Verse 200:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.



Ada 5 syarat untuk menjadi orang berjaya dan syarat2 ini kita boleh lihat dalam surah Ali Imran [ 3:200 ].  Lima syarat ini juga termasuk jawaami'ul kalim,  جوامع الكلم iaitu perkataan yang ringkas tapi mempunyai makna yang sangat luas atau mendalam :
  1. Iman آمَنُوا - ayat diatas ditujukan kepada mereka yang beriman, jadi iman termasuk kriteria untuk seseorang itu dikategorikan sebagai orang yang berjaya/beruntung.
  2. Sabar اصْبِرُوا Bersabarlah  kamu kerana manusia diciptakan untuk diuji sepertimana kita lihat dalam Al-Mulk [67:2] dan Al-Kahfi [18:7].  

    Surah 67. Al-Mulk, Verse 2:


    الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ


    Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
    Surah 18. Al-Kahf, Verse 7:
    إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا


    Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. 
  3. Kuatkanlah kesabaranmu صَابِرُوا Juga, menyuruh orang lain untuk sabar 
  4. Istiqomah رَابِطُوا - Teguh pendirian. Kata murabathah bererti teguh dan selalu siap berada di tempat ibadah. Ada pendapat lain iaitu menunggu solat setelah solat. Hal itu dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a., Sahl bin Hunaif, Muhammad bin Ka'b al-Qurazhi dan lainnya. Tentang hal ini, Abu Hatim meriwayatkan sebuah hadith yang juga diriwayatkan Imam Muslim dan an-Nasa-i dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. , beliau bersabda : “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: ya wahai Rasulullah. Beliau berkata: menyempurnakan wudhuk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, karena hal itu adalah ribath” (HR Muslim dan Al Tirmidzi).
  5. Takwa اتَّقُوا - Bertakwa kepada Allah adalah perasaan seseorang itu dalam pengawasan Allah dan sentiasa diperhati Allah. Orang yang meletakkan dirinya sentiasa yakin dalam penglihatan dan pengawasan Allah maka dia telah mencapai kedudukan orang yang muflihuun (orang yang berjaya).

Comments

Popular Posts