Muhaddith

Orang senang menghafal Al-Quran sebab Al-Quran 6,000 ayat. Seseorang muhaddith mesti menghafal sekurang-kurang 40,000 hadith. Orang yang dapat gelar muhaddith itu seperti Sheikh Albani, bukan senang. Dalam menghafal hadith itu ada sanad, ada matan, ada riwayat. 

Sanad (sahabat yang meriwayatkan) itu daripada an, an, an, an.....iaitu rantaian hadith (chain ), dari A kepada B, kepada C kepada D......, itu namanya sanad...kena hafal nama semua orang2 ini. 

Kemudian matan itu adalah  isi hadithnya. Apa perkataan tersebut.  

Kemudian yang ketiga itu, Rawi, riwayat (adjective- kata sifat) siapa. Rawi atau periwayat seperti Riwayat Bukhari Muslim,Riwayat Nasa-i, Riwayat Ahmad.

Contohnya:  Ini hadith Bukhari. Bukhari mengambil daripada siapa ? Daripada an, an, an, an........Katakanlah 40 orang, satu hadith dia mesti menghafal senarai nama 40 orang. Bukan senang untuk menjadi muhaddith. Orang yang mendapat Phd dalam bidang hadith ini pula boleh menentukan kedudukan kualiti sesebuah hadith, samaada ia boleh pakai atau tidak. 

Muhaddith yang mashyur adalah Sheikh Albani sahaja. Kalau yang lain ada juga pakar hadith tapi bukan muhaddith. Dan bagi sebahagian tempat, ia belum diiktiraf dalam peringkat dunia. Mungkin untuk dalam peringkat negara sahaja. Berbeza dengan Sheikh Albani yang mengarang kitab Sifat Solat Nabi. Beliau diiktiraf oleh semua Ulama'. 

Contoh : ada sebuah hadith tentang solat tasbih. Adakah hadith tentang solat tasbih ini kuat atau tidak ? Kita bawa sebuah hadith. Riwayat siapa ? Sekira riwayatnya kuat, matannya kuat, kita lihat pada sanadnya pula. Kalau dalam rantaian itu seorang yang pernah sekali dalam hidupnya ketahuan dia berbohong, jika dia meriwayatkan 100 hadith, semua 100 hadith tidak boleh pakai. Untuk menjaga kemurnian sesebuah hadith. Bukan senang kita hendak menerima sesebuah hadith.

Dagi segi derajat, Kitab Bukhari, hadithnya semua selected, yang soheh sahaja, kemudian Muslim, kemudiannya Imam Ahmad. Senarai nama ulama'2 hadith ada Bukhari, Ahmad, Nasa-'i, Muslim, Abu Daud, Termizi, Ibnu Majah.

Dari segi kitab hadith yang boleh dipakai pula adalah Soheh Bukhari, Soheh Muslim, Ahmad, Termizi, Abu Daud, Nasa-'i, Ibnu Majah.

Imam Bukhari, 4 ribu sahaja hadith tapi soheh. Dia tak terima hadith yang dimana periwayat sudah tua, suka lupa, mula nyanyuk meskipun dia dipandang alim. Imam Bukhari tidak akan menerima hadith itu.

Comments

Popular Posts