Skip to main content
Makna yang tersirat di sebalik kalimah syahadat
- Meyakini bahawa tiada seorang pun yang lebih mengetahui tentang kebaikan dan keburukan melainkan Allah dan Rasul Nya sahaja - Yang menilai baik dan buruk itu bukan kita. Allah yang menilaikan - Ini adalah makna yang tersirat di sebalik syahadat.
- Nilai kebaikan dan keburukan di dalam Islam sama sekali tidak berdasarkan perasaan dan fikiran kerana perasaan dan fikiran itu bersifat subjektif (mungkin yang baik bagi saya, belum tentu baik bagi orang lain, disebaliknya bagi orang itu baik, tetapi tidak baik bagi kita). Tetapi nilai kebenaran dan kebaikan didalam Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
- Segala usaha untuk menambah atau mengurangi sesuatu di dalam Islam hakikatnya adalah bentuk penafian kepada kesempurnaan agama Allah yang terdapat dalam Surah Al-Ma'idah ayat 3. Kamil dan Atmamtu (tamam) iaitu sempurna, perfect. Sempurna bererti sesuatu yang tidak memerlukan penambahan dan pengurangan. Orang yang menambah apa sahaja urusan di dalam Islam, secara tidak sedar, dia telah menafikan kesempurnaan Islam.
- Ibadah di dalam Islam yang bersifat taufiki dan taukifi adalah merupakan hak Allah yang tiada sesiapa berhak membuat perubahan kepadanya . Agama ini milik Allah. Kita tidak ada hak merubahnya.
- Kesempurnaan amal dalam Islam berdasarkan kepada bagusnya kualiti amal tersebut bukan banyaknya kuantiti amalan tersebut. Rujuk Al-Kahfi, ayat 7 dan Al-Mulk, ayat 2
Comments