Al-Hujraat - kenapa dipanggil bilek2
Al-Hujraat (Al-Quran, surah ke-49)
bermakna bilek2. Kenapa dipanggil bilek2? Ini bahasa kinayah iaitu
bahasa sindiran atau bahasa yang tersirat. Bilek dalam rumah adalah
suatu yang private. Kalau kamu nak tau sifat tuan rumah, jangan lihat
pada ruang tamu. Of course bersih. Tapi, pergi lihat bilek dia.
Daripada bileknya kita tahu. Katakan pulak bilek itu kemas. Nanti
dulu, bukak almarinya. Di situ kita nampak keperibadian seseorang.
Maknanya Surah Hujraat ini surah yang menceritakan keperibadian. Ayat
pertama sampai terakhir menceritakan apa yang harus dilakukan oleh
seseorang muslim.
Comments