Ciri-ciri orang yang beriman



     Ciri orang yang beriman (secara external)  yang terdapat dalam Surah Al- Mu'minun [23:1-10]


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ 


          Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

1)  Orang yang solatnya khusyuk;

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

2)  Orang yang tidak suka terlibat dalam perkara2 yang tak berguna (Lagha). Lagha dari segi perbuatan dan percakapan - orang yang beriman itu bercakap mengikut keperluan – sebab ada orang kalau tak bercakap, dia demam, dia asyik bercakap sahaja. Orang yang beriman pandai menilai dan memilih mana yang patut diperkatakan dan mana yang tak patut diperkatakan;

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

3)  Orang yang beriman kena tunaikan zakat. Secara zahir, sesuatu yang implicit adalah seorang yang
 beriman adalah orang yang memiliki jiwa sosial kepada lingkungan, kepada masyarakat. Sebab zakat 
melatih jiwa untuk menjadi orang yang pemurah, yang penuh kasih sayang. Betapa luasnya tafsir Al-Quran ; Kalau kita kata “Oh Ni zakat,je, saya dah bayar zakat dah.” Tapi dengan keluarga dia kedekut. Bermaknanya dia tak faham ayat ini;

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

4)  Orang yang beriman adalah mereka yang menjaga maruah, harga diri dia;

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

5)  Seorang suami amanahnya isteri dan anak2nya. Seorang Isteri amanahnya maruah suami dan 
anak2 nya. Nabi terangkan dalam hadith Nabi, “Isteri yang beriman apabila suami dia keluar, dia menjaga maruah dirinya, maruah suaminya dan anak2nya;

إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: 

6)  Mereka orang2 yang sentiasa menjaga amaanaat dan janji2 mereka. Bukan senang ketika hari ini orang berebut nak dapat amanat. Amanat yang Allah berikan kepada diri dia pun tak tertunai, tiba2 dia berebut untuk mendapat amanat yang lebih besar lagi.Kalau dia nak ambil, ambillah tapi Allah
kata mereka orang yang menjaga SEMUA amanat !;

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

7) Orang2 yang sentiasa menjaga solatnya ; Solat on time. Dia jaga solatnya;

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

8)  Dah cukup semua ini, barulah Allah kata, mereka itulah yang di senaraikan di atas tadi akan
mewarisi syurga Firdaus. Jannatul Firdaus bukan calang2 syurga. Mereka kekal di situ selama-lama nya, tiada sempadan masa.

أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.


Secara Internal, ciri-ciri orang yang beriman  dalam surah Al-Hujraat [49:15].

1) Betul2 yakin, percaya kepada Allah dan Rasul
2) Tidak sedikit pernah sedikit pun merasa ragu dengan keimanannya
3) Mereka jihad dengan harta benda
4) jihad dengan jiwa mereka pada jalan Allah. 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Mereka itulah orang2 yang benar imannya.

Allah mengiktiraf.


Comments

Popular Posts