Ikhtilaf Tanawu' - Perbezaan kepada kepelbagaian



إختلافُ التَّنَوُعِ
Ikhtilaf Tanawu' - Perbezaan kepada kepelbagaian - hukumnya mubah. Bahkan ada yang wajib. Seperti perbezaan warna kulit, perbezaan bahasa, perbezaan lelaki dan wanita. Ini sunatullah.

(a) خلق الله ( dalam bentuk penciptaan Allah)
Dalam surah Ar Rum ayat 22 [30:22]

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu  أَلْسِنَتِكُمْ dan warna kulitmu.وَأَلْوَانِكُم . Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. [30:22]

(b) سنن الرسول. - kepelbagaian pada perlaksanaan sunnah Rasul. Contohnya 1) perlaksanaan haji; ada yang tamattu', ada yang ifrad, ada yang qiran. 2) bacaan2 solat banyak pilihan seperti doa iftitah Nabi tidak kurang daripada 11 jenis doa iftitah Nabi, doa rukuk Nabi, doa sujud Nabi, doa tahiyat Nabi. Itu ikhtilaf. Banyak perbezaan tetapi tatawu'.  Yang tak solat itu sahaja yang salah.

Comments

Popular Posts