Ikhtilaf Tadhad - punca daripada perselisihan bid'ah dan tradisi adat

Ramai orang hari ini bila kita kata 'Allah tak ajar tu', atau 'Nabi tak contohkan' Jawapannya 'Orang2 dulu buat, takkan tak boleh. Atau 'Dah berabad-abad dah buat dah'. Shahadatnya 'Ashhadu Allah ilaha illa Allah. Wa ash hadu anna nenek moyang Rasulullah'. Ramai orang yang shahadat tauhidnya betul tapi shahadat Rasulnya salah. Bab ketuhanannya, bab Allah, memang dia buat tapi sayangnya yang keduanya, bab Rasul, bab ibadahnya, ramai yang tak ikut Rasul. Mereka ikut ustaz, ikut mufti, ikut tv, ikut akhbar, ikut majalah, ikut buku, ikut nenek moyang. Sayang, padahal awal-awal dah diajar ashhadu anna muhamadarrasulullah. Jadi syahadat yang pertama, syahadat tauhid itu akidah. Yang syahadat yang kedua adalah syariah. Masing2 mengikut hawa nafsu, mengikut apa yang dinyatakan nenek moyang mereka. Allah sebut dalam Al-Baqarah 2:170

 وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". 
[Al-Baqarah 2:170]

Dalam surah ke-6,  Surah Al-Anaam 6:153

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.

Inilah jalan Islam, iaitu Quran dan Sunnah - Jangan kamu mengikut 'subul', iaitu jalan2 yang lain. Be careful. Islam tidak menerima pada mengamalkan sesuatu yang merujuk kepada perasaan, sebab kalau beramal ikut perasaan, ikut fikiran, sifatnya subjektif.  Baik bagi kita, belum tentu baik bagi orang. Baik bagi orang itu belum tentu baik bagi kita. Bermakna kalau begitu sifatnya, maka timbullah perselisihan. Kerana kita beramal kepada perkara yang subjektif. 

Kenapa kita tidak beramal kepada perkara yang sudah jelas ? Al-Quran menerangkan demikian. Hadith menerangkan demikian. Sudah jelas.  Takbir misalnya, Nabi mengajar, apabila takbir maka hadapkan seluruh anggota tubuh kamu ke arah kiblat, tapak tangan kamu arahkan menghadap kiblat. Itu sudah jelas.  Ada yang kata 'Tapi Ustaz, Ustaz saya mengajar begini!' . Nabi ajar begini. Ustaz dia ajar macam ini. Kalau nak ikut juga Ustaz dia, maknanya sudah cacat syahadatnya, wa ashadu anna ustaz rasulullah.  Contoh lain, Nabi mengajar bersedekap di dalam solat 'ala sodr' di atas sodr, dada. Itu jelas. dalam kitab Bulughul Maram. Dada, kalau dalam bahasa Arab, daripada ulu hati sampai diatas pusat. Kalau pusat, dah perut dah. Ala tu di atas. Kalau dah tunjukkan bukti, dia nak pilih Ustaz dia juga, maknanya syahadat, maknanya wa ashhadu anna ustaz, Rasulullah. Lihat pada surah 43 Az-Zukhruf, ayat 22-25.

Mereka berkata nenek moyang kami pun dahulu dia dah buat dah macam ini. Jadi kami selesa dengan itu. Banyak contoh2 ayat dalam Al-Quran dimana Allah memberi sindiran ataupun kecaman kepada orang yang apabila sampai dakwah kepada mereka, mereka berhujjah dengan nenek moyang, adat dan tradisi, sehingga semua usaha-usaha untuk mengembali kepada Islam yang sebenar,  mereka tentang, mereka labelkan dengan macam2 label seperti kaum mudalah, orang muda.......

Comments

Popular Posts