Menjelang Ramadhan 2014
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggwHDfGnz8lcczz-RxP25dtgwA5YaCWcCc7PmtR-31eES9Yxh1DOHk0yS2Q43UuFVU2M2sYPJR-J4A184Snwmk9Navrr_DgqDQZSwzj_zLW8WJPApl4EWjMXaChO0XU06-ZRRUIdSjKDtp/s320/IMG_0412.jpg)
Kita maklum Ramadhan membawa makna membakar. Diharapkan dengan bulan Ramadhan ini maka terbakarlah semua dosa2 kita, dihanguskan oleh Allah semua perbuatan yang tak elok dalam diri kita. Hingga apabila kita keluar daripada Ramadhan, Nabi menyebutkan seseorang keluar dari bulan ramadhan, diharapkan ia seperti seorang bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, yang bersih dari segala dosa.
Oleh sebab itu, adalah satu hal yang mustahil, kita dapat melaksanakan kesempornaan ibadah Ramadhan tanpa kita mengetahui ilmu2 yang berkenaan dengan Ramadhan. Ramadhan sama sekali bukan hanya Shahrul Siaam. Sekurang2 nya ada 5 pendidikan didalam Ramadhan untuk mencetak seseorang yang berkeperibadian muttakin, berkeperibadian takwa, sebagaimana yang Allah sebut di dalam surah Al Baqarah ayat 183 pada penghujung ayat, kewajipan mengerjakan puasa Ramadhan dengan matlamat la 'allakum tattakuun., untuk mencapai derajat takwa, the highest level, adalah takwa. Maka puasa Ramadhan merupakan bulan latihan untuk menjadikan seseorang itu bertakwa kepada Allah. Tentu kita perlu kepada ilmu yang menjabatani, yang menjadi wasilah kepada kita untuk kita menjadi hamba yang bertakwa tersebut.
Ulama'2 salaf mewasiatkan kepada kita, secara zahir, ada lima pendidikan Ramadhan yang perlu raihkan dalam bulan Ramadhan tersebut.
1) Yang pertama; Ramadhan sebagai media bagi setiap umat Islam untuk memahami Islam.
Oleh sebab itu tidak ada alasan dibulan Ramadhan untuk tidak aktif pada pengajian2. Justeru, pada bulan Ramadhan inilah kita mengagahkan diri kita untuk hadhir dalam mana2 majlis ilmu yang disediakan. Kalau tidak ada, kita aktifkan diri mungkin mendengar cd, radio youtube dan sebagainya. Sebagai media kita memahami Islam tentu sebagai yang sebenar dan bukan Islam yang tradisionalis. Kita fokuskan pemahaman islam mengikut salaf, bagaimana ulama' islam memahami dari segi akidahnya, syariah, akhlak.
Kehidupan kita ini bercampur antara akhlak budaya dan akhlak islam yang sebenarnya. Contohnya sebahagian daripada kita mungkin akan merasa kecil hati apabila seseorang yang kita pandang lebih muda daripada kita, apabila lalu, dia tidak tunduk, menundukkan badan. Sebenarnya itu adalah satu budaya dan bukan dari islam. Justeru, malah sebenarnya Islam sendiri melarang seseorang merendahkan badannya. Apa lagi berdiri apabila menyambut orang2 lain, pembesar menyambut mereka. Mungkin dalam budaya kita, kita rasa ia mesti dilakukan sebagai satu bentuk penghormatan tetapi sebenarnya ia contradict, ia bertentangan dengan ajaran yang diajarkan oleh Allah dan rasul sallallahu'alaihi wasallam.Tunduk pada bendera dan sebagainya.
Jadikan Ramadhan sebagai media untuk memahami akhlak Islam yang sebenar.
Yang kedua ; Jadikan Ramadhan sebagai wasilah untuk lebih mengenali Allah.
Caranya adalah dengan menelusuri dan mentaddabbur hikmah dari setiap perintah yang Allah perintahkan kepada kita. Mengenali Allah melalui Ramadhan.
Yang ketiga; Lebih mengenal dan mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melalui Ramadhan.
Diantara bentuk cinta kita yang paling simple yang Nabi ajar kepada kita adalah berselawat kepada Rasulullah. Kata Nabi, diantara yang paling kedekut antara umat ku adalah seseorang yang apabila disebut nama ku maka dia tidak berselawat ke atas ku. Jadikan sebagai satu kelaziman. Sama juga dengan para sahabat, bila disebut Abu Bakr As Siddiq, kita kata radiallahu anhu. Apabila kita sebut nama para ulama' salaafus saalih, kita kata Rahimahullah. Ini adalah akhlak, mengiringi ucapan doa di sebalik nama orang2 yang soleh sesuai dengan pangkat mereka.
Yang keempat; Jadikan Ramadhan sebagai wasilah untuk lebih mengenal diri sendiri dan keluarga dengan muhaasabah.
Yang terakhir; jadikan Ramadhan sebagai wasilah untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk berjumpa Allah Rabbul Jaleel.
Kita umpamakan masuk Ramadhan ini apabila masuk kedalam mall yang tengah sale. Semua tengah discount. Kalau tak beli, memang rugi. Bila kita terlepas, kita rasa terlalu rugi. Maknanya ambil sebanyak mungkin peluang2 keemasan yang Allah beri dalam Ramadhan ini tahun ini, sebagai bekalan kita untuk berjumpa Allah Rabbul Jaleel yang dimana bila2 masa sahaja Allah mengambil kita, kita mesti redho dengan ketentuanNya.
Maka Untuk mencapai kelima limanya kita perlu melengkapi diri dengan ilmu berkenaan Ramadhan.
Comments
Casinos · Casino Games · 제주도 출장샵 Video Poker · 군산 출장안마 Sports Betting · Live Betting · Casino · Sportsbook 순천 출장샵 · Sportsbook · Poker 포천 출장마사지 and Casino 광양 출장샵 · Sportsbook.