Allah itu suka sekiranya apabila diberi kemudahan kepada hambanya, kemudian hamba itu menerima kemudahan tersebut.
Ada hadith yang menyatakan bahawa Allah itu suka sekiranya apabila diberi kemudahan kepada hambanya, kemudian hamba itu menerima kemudahan tersebut. Contohnya kita bagi kemudahan, tak payah keluarkan duit untuk pergi Umrah, dia tak mahu. Jadi misalnya ada yang mengatakan tak relevan jama' qasar sekarang. Zaman Rasulullah itu zaman Unta, daripada Mekah ke Madinah memakan masa 3 hari perjalanan, sekarang 45 minit. Kemudian misalnya dulu padang pasir banyak perompak. Sekarang ini bangunan2 indah, fully aircon. Kalau jama' qasar dah macam tak relevan. NO. Hukum syariat sampai kiamat relevan. Sehingga dalam Islam, harus kita jadikan panduan adalah Jangan Islam ikut otak kita, otak kita ikut Islam. Jangan pernah melojik-lojik kan Islam. Tetapi Islamkan lah lojik itu.
Comments