Ciri2 Ulama'

1. Ulama' mesti ada sifat takut kepada Allah (Khasyatillah). Kita rujuk dalam surah Faatir (35: 28)


2. Tidak ada perasaan ketakutan - Dia tidak takut miskin, tidak takut hilang jawatan, tidak takut ditarik kereta mewahnya.


3. Bab urusan dunia mereka tidak sekali-kali pernah rasa sedih hati. Dia tidak takut miskin, tidak takut hilang jawatan, tidak takut ditarik kereta mewahnya. 


Hadith Nabi s.a.w. daripada Imam Ahmad ( Hadith Soheh) : Para Ulama' itu adalah waris para Nabi. Apa yang diwarisinya ? Bukan jubahnya, bukan janggutnya, bukan serbananya, bukan capalnya ! Bukan ! Kalau itu yang diwarisi, Abu Jahal, Abu Lahab pun ulama' juga.......


Apa yang diwarisinya ?


1. Ilmunya
2. Ketakwaannya
3. Akhlaknya
    a. akhlak kepada Allah dan Rasul
    b. akhlak kepada makhluk
    c. akhlak kepada diri sendiri
    d. linkungan/alam


Akhlak pada diri sendiri ini macam mana ?


Orang yang berbuat  sesuatu yang akibatnya memakan diri sendiri itu tidak berakhlak. Orang yang minum khomar, merokok merosak diri sendiri. Kepada dirinya pun tidak berakhlak. Juga, jangan hasad, jangan dengki. Nabi kata jauhi daripada sifat dengki, tak puas hati. Tak suka tengok orang berjaya. Nabi kata hasad itu akan memakan pahala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. Orang yang dengki tu start daripada maghrib, pahala subuh dia, zuhur dia, asar dia habis termakan oleh sifat dengki itu.  Sampai bila ? Sampai dia bertaubat.


Apa lagi yang memakan amal perbuatan ? Riya'.  Riya' juga memakan pahala amal perbuatan. Imam Syafie menyebut, "Orang yang berbangga dengan diri sendiri adalah tanda yang akalnya lemah". Dia fikir yang dia seorang yang hebat. Kat luar sana beribu orang yang jauh lebih hebat dari kamu. Dalam surah Yusuf, "dan di atas orang yang berilmu, ada lagi yang maha berilmu" . Siapa itu ? Allah ! Ayat ini mencantas sikap sombong orang2 yang "hebat" dalam dunia ini.


Itu sebabnya Allah menciptakan nabi dan rasul-Nya kelebihan masing2 supaya manusia tidak ada yang sombong. Dia sombong sebab dia kaya, kita kata kekayaan kamu tak sehebat kekayaan Nabi Sulaiman. Dia bangga sebab dia kacak/handsome/cantik, kita kata belum mengalahkan Nabi Yusuf. Oh sebab suara dia golden voice, belum mengalahkan Nabi Daud. Jadi, Allah menjadikan nabi2 ni hebat supaya umatnya tak ada 'chance' nak sombong. 


Akhlak kepada Allah pula macam mana? Rujukan surah Al-Hujurat ayat 1- jangan mendahului Allah dan rasul.


Ulama2 hari ini adalah ulama' mutaakhirin ( the latest Ulama'). Ulama2 mutaakhirin ini jarang dilihat di antara mereka yang lengkap package. Kalau ada pun, setakat ilmu sahaja. Tetapi akhlak Rasulullah, tidak diwarisi.


Di antara akhlak Nabi apa? Menerima perbezaan, tetapi Nabi mengharamkan penghinaan. Di dalam Islam, berbeza itu tidak ada masalah. Contohnya warna sesebuah rumah. Ada yang mengatakan putih, putih gading, off white, cream dll. Masing2 menilai, tidak salah. Perbezaan penilaian dalam Islam itu tidak salah. Yang salah itu apabila yang putih itu mengatakan- "ini putih la, bodoh". Perkataan "bodoh" itu yang salah.


Suka memfitnah orang, mencaci orang, adakah ia sifat ulama' ? Itu bukan Ulama'. 






20 Feb 2012

Comments

Popular Posts