Solat Jumaat : Adakah ia pengganti kepada Zuhr atau ia berdiri sendiri
Nabi tak pernah mengatakan bahawa Solat Jumaat adalah replacement untuk Zuhr.
Jadi apabila masuk hari Jumaat, maknanya solat fardhunya pada hari itu adalah, “Subuh, Jumaat, Asr, Maghrib, Isya’”. Tidak ada “Subuh, Jumaat atau Zuhr, Asr, Maghrib, Isya’”.
Itu pendapat yang diambil Ustaz dan ramai Ulama’ di Madinah. Tapi pada masa yang sama kita tetap menghargai ikhwan (saudara2 kita) yang berpendapat bahawa Jumaat adalah pengganti kepada Zuhr. Jadi kalau wanita yang tidak diwajibkan mengerjakaan Jumaat, kalau dia sudah mengerjakan Jumaat, ia tidak perlu lagi mengerjakan Zuhr. Itu ada keterangan.
Ada keterangan tentang 4 orang yang tidak diwajibkan melakukan Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakan Zuhr. Tetapi tidak ada keterangan daripada Nabi yang Jumaat itu pengganti kepada Zuhr. Selain yang 4 golongan itu mereka tetap mengerjakan solat Jumaat, temasuk musafir. Musafir tidak menjadikan Zuhr itu gugur.
Empat golongan itu adalah :
1. Hamba Sahaya yang dimiliki( ‘Abdun mamluk)
2. Baby ( Sobiiy) (Nabi tak kata Tifl iatu kanak2)
3. Wanita ( Imraah )
4. Orang yang sakit (mariid)
Antara Zuhr dan Jumaat mana lebih baik untuk orang sakit ? Of course Jumaat. Sebab Zuhr adalah optional (pilihan). Al Jumuatu hakkun ala kulli muhtalimin fi Jamaa’atin illa arba’ah. Maknanya kalau 4 golongan ini boleh mengerjakan Jumaat, maka lebih baik.
Kalau hamba sahaya diberi kelepasan pada hari Jumaat oleh Tuannya adakah dia lakukan Jumaat atau Zuhr ? Dia tetap melakukan Jumaat. Sobiyy memang belum ada kewajipan melakukan solat.
Kenapa dikecualikan empat ini ? Satu sahaja. Faktor masyakkah (kesusahan). Ada persoalan - Orang musafir kan kesusahan ? Orang musafir Allah dah bagi kemudahan dengan Jama’ Qasar. Semua hadith yang mengecualikan musafir untuk Solat Jumaat adalah lemah.
Comments