Ciri2 Wanita Solehah yang disebut dalam Surah Al-Ahzab [ 33: 31-35 ]
Kita lihat pada surah Al-Ahzab (surah 33) , ayat 31 adalah sambungan keterangan dari ayat 28, 29, 30. Ayat2 28,29, 30 ini secara umumnya diturunkan kepada isteri2 Rasulullah s.a.w. tapi sebagai satu profile atau figure wanita Muslimah. Maka kalau kita merujuk kaedah ilmu tafsir iaitu pengambilan pengajaran dari sebuah ayat itu dilihat dari keumuman lafaz bukan di sebabkan dari sudut asbabbun nuzul. Kalau mengambil hikmah sesebuah ayat itu tergantung dengan asbabun nuzul sahaja, maka banyak ayat2 Al-Quran yang sudah tidak relevan. Contoh yang paling mudah adalah surah Al-Masad. Kalau kita memahami ayat ini secara literalis, apa yang termaktub/ tertulis, surah ini sudah tak relevan lagi. Sebab apa ? Sebab Abu Lahab sudah tidak ada sekarang. Bagaimana kita menyingkapi surah ini ? Kita menyingkapi bahawa surah ini diturunkan tentang peribadi Abu Lahab yang batang tubuhnya sudah tidak ada lagi tetapi hikmah daripada surah ini adalah Allah menerangkan kepada kita bahawa kita masih akan menghadapi Abu Lahab Abu Lahab moden yang mereka mewarisi sifat2 daripada Abu Lahab ; diantaranya adalah orang2 yang tidak suka dengan perkembangan Islam.[ وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ [١١١:٤
menggambarkan bahawa bukan laki2 sahaja yang tidak suka kepada perkembangan Islam. Segolongan daripada wanita pun ada yang tidak suka kepada perkembangan Islam. Kita menjadikan surah Al-Masad itu menjadi satu tolak ukur kepada orang yang membenci kepada perkembangan Islam.
Sama dengan surah Al-Ahzab ini. Meskipun diturunkan kepada isteri2 Rasul, tetapi hikmah pengajaran disebalik ayat2 ini ditujukan kepada wanita2 beriman,
Tidak ada ayat dalam Al-Quran yang hanya untuk satu golongan sahaja. Meskipun diturunkan untuk wanita, laki2 pun mesti ambil tahu, ambil berat, apa point2 yang perlu kita ajar kepada isteri kita, anak2 kita, saudara2 kita tentang ciri2 wanita mu’min. Syurga itu dibuka untuk orang2 beriman bukan orang2 Islam. Setakat Islam sahaja, kita tidak akan jumpa dalam Al-Quran janji Allah, syurga. Islam adalah satu isim, nama, permulaan sahaja. Yang di minta oleh Allah adalah hakikat iman. Syurga itu diperuntukan untuk orang beriman. Setakat Islam, tak dapat.
Ciri2 Wanita Solehah boleh kita lihat dalam surah Al-Ahzab 33:31-35
۞ [وَمَنْ يَقْنُتْ مِنْكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا [٣٣:٣١]
- Ciri wanita mu’minah yang pertama adalah mereka yang يَقْنُتْ yang ta’at, tuduk, patuh kepada Allah dan Rasul.
- Ciri yang kedua adalah تَعْمَلْ صَالِحًا , mengerjakan amal soleh. Membuktikan ketaatan dengan amal soleh. Iman mesti dibuktikan dengan perbuatan. Kalau dia mengatakan dia taat kepada Allah, tapi dia solat tak ? Solat itu adalah bukti daripada dakwaan seseorang itu beriman. Yang mendakwa dia beriman kepada Allah, dia pakai tudung tak ? Kalau mencari sejuta alasan, panaslah, tak glamourlah, tuntutan kerjayalah,; maknanya dia masih belum membuktikan keimanannya kepada Allah, baru teori sahaja. Allah janjikan balasan نُؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ , pahala dua kali ganda. Bonusnya adalah وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا Kami menyediakaan baginya, wanita2 yang beriman ini, yang solehah itu رِزْقًا كَرِيمًا , kurniaan. Rezki, رِزْقًا bukan duit , rezki itu anugerah Allah, yang anugerah itu كَرِيمًا, memuliakan seseorang. Bukan رِزْقًا katheera. Contoh رِزْقًا كَرِيمًا : Meskipun hidupnya sederhana, apa pun adanya, tak nampak pun orang lain kemewahan padanya tetapi Allah anugerah kepadanya mungkin 3, 4 atau 5 orang anak yang berjaya yang dikenali, berjaya dan dimuliakan. Bermakna anak dan zuriat yang dapat menjaga nama baik Ibu Bapa itu adalah bentuk رِزْقًا كَرِيمًا .Dengan anugerah itulah ia dimuliakan, Meskipun dari segi matari dia tidak ada apa2. Kita jangan lupa 3 perkara yang kamu begitu berjaga di dunia, pada akhirnya, satu perkara sahaja yang kita boleh bawa ke akhirat. Apa yang kamu makan akan menjadi sampah, apa yang kamu pakai akan menjadi lusuh dan apa yang kamu simpan selama ini akan menjadi milik orang. Ini hadith Nabi. Manusia selalu berkata harta ku, harta ku, harta ku....Banyak banyak saving, akhirnya takdir Allah meninggal, yang dapat, anak kita. Nabi kata amal kamu itulah yang akan menemani kamu di akhirat. Rizkan رِزْقًا itu jangan diterjemahkan dengan duit.
- Wahai Isteri2 Nabi/wanita2 yang solehah, yang ingin dikatakan soleh, value diri kamu tidak boleh sama dengan kebanyakan para wanita di dunia hari ini. يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا [٣٣:٣٢] Kamu tidak boleh, kamu mesti berbeza akhlaknya, cara solatnya, cara bercakapnya, cara pergaulannya, mesti berbeza daripada kebanyakan wanita yang lain...dalam semua aspek. Kalau bertamu rumah orang, dengan adabnya....
- Sekira kamu bertakwa wasiat Allah,فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْل ِ jangan lah kamu mengada-ngada bila bercakap-cakap. kerana فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ membuatkan orang lain ada keinginan/ perasaan.
- Sentiasalah mengatakan perkataan yang benar, وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا ma’ruf itu bukan baik sahaja, tapi yang benar.
- Allah kata, وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا [٣٣:٣٣] Please, Allah kata, stay at home وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ. Kalau kita implikasikan dalam wanita yang solehah, wahai para isteri please stay at home. Kan macam itu bagus. Tetapi bukanlah bermaksud wanita dilarang keluar dari rumah. Sesuatu dikatakan larangan kalau ada perintah yang ada ugutan atau ancaman . Ayat in tidak ada ugutan/ancaman jadi ia bersifat galakkan. Diantara hikmah wanita digalakkan untuk duduk di rumah adalah untuk meng-educate anak. Jangan serahkan semua kepada orang. Bermaksud sekira kita memilih untuk duduk di rumah, if you choose to stay at home, ia adalah lebih baik. Ada hadith Nabi - diantara empat ni’mat yang dini’mati oleh orang yang beriman, adalah hendaklah rumahnya sentiasa dilapangkan. Itu bahasa kinayah. Maknanya orang yang merasa rumahnya lebih lapang daripada shopping complex, ia merasa rumahnya itu lebih lapang daripada dia pergi makan angin - itu ciri wanita yang beriman. Hadith ini bukan untuk perempuan sahaja. lelaki pun demikian. Seorang suami yang baik, lelaki yang baik, dia keluar untuk keperluan sahaja. Kerana apa ? Bila habis selesaikan keperluan sahaja, dia balik. Sebab dia rasa rumah dia itu lebih lapang. Jadi, macam mana kita nak buat rumah kita jadi baiti jannati, iaitu rumahku adalah syurgaku ? Bukan Baiti naari.... Dan tetaplah kamu di rumah kamu. Ciri wanita yang solehah adalah dia suka berada di rumah. Kalau ada orang offer nak keluar, kalau boleh dia tak keluar, dia tak keluar. Bukan kalau boleh keluar, dia keluar. Kalau emergency case baru dia keluar. Nabi kata orang yang beriman itu rumahnya lebih lapang daripada tempat yang lain.
- Dan janganlah kamu berhias-hias تَبَرَّجْنَ sebagaimana berhiasnya wanita2 jahiiyyah dahulu, وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ Macam mana wanita jahiliyyah dahulu berhias ? 1) melampau atau over, 2) tak tutup aurat, 3) intention dah lari, nak attract orang lain, suka menjadi perhatian. Gelang kaki yang di pakai untuk attract attention, menarik perhatian itu tidak boleh. Wanita kalau dia nak balut diri dia dengan emas, tidak ada masaalah, asalkan didalam, ia tertutup, ( kalau diluar itu riya’ ) tidak dilarang untuknya sebagai kebangaan baginya, selagi bukan dan luarnya untuk menunjjuk, riya’, attract attention. Apa saja yang menarik perhatian, contohnya gincu yang menarik perhatian,itu tidak boleh.
- Dirikanlah solat. وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ Mendirikan solat tidak sama dengan mengerjakan solat. Kita tidak akan jumpa dalam Al-Quran, perintah mengerjakan solat. Yang ada adalah tegakkanlah solat. Bermakna lakukanlah solat dimana solat itu memberi kesan kepada dalam pembentukan attitude dan keperibadian seseorang. Dengan solat, kita terbentuk menjadi orang yang ikhlas. Dengan solat, kita terbentuk menjadi orang yang sabar, tidak tergesa-gesa, tidak panas baran. Kita dididik Allah untuk sabar. Buktinya ada toma’ninah. Indirectly Allah mendidik kita untuk tenang. Maka rukun dalam solat. Apa toma’ninah ? Tenang. Ini makna وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ . Sekurang-kurangnya ada 5 pendidikan jiwa dalam solat Tawadhu’, Tawakkal, Ikhlas, Sabar, dan Yakin kepada janjiNya Allah. Buktinya dalam salam (dalam solat). Indirectly Allah mengajar kita didalam masyarakat tolong tengok kanan kiri. Orang yang solat adalah orang yang peduli pada lingkungan. Jadi kalau kita jumpa dengan orang yang egoist, tapi dia solat bermakna dia belum menegakkan solat, dia baru mengerjakan solat. Ada orang solat tapi panas baran bermakna dia belum menegakkan solat, dia baru mengerjakan solat.
- Ikut pada bahasa maknanya وَآتِينَ الزَّكَاةَ datangilah zakat. Kamu yang mesti datang bayar zakat bukan tunggu petugas-petugas zakat ketuk2 rumah untuk kutip zakat. Ada sindrom dalam masyarakat kalau tak dapat surat peringatan, petugas zakat, baitul maal datang untuk mengutip zaka tak bayar zakat. Bab zakat, kita yang cari.
- Diulang lagi. وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ Ta’at lah kamu kepada Allah dan kepada Rasul.
- Seterusnya ayat 34, وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَىٰ فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ ۚ Dan sebutlah kerap2 kali semua apa yang dibaca di rumah kamu daripada ayat2 Allah. Maknanya suka baca Al-Quran.يُتْلَىٰ فِي bermaknannya kita yang belajar, maknanya wanita yang solehah adalah mereka yang suka membaca dan mempelajari Al-Quran, Dan disambung selepasnya وَالْحِكْمَةِ Perkataan hikmah dalam Al-Quran merujuk kepada sunnah Rasulullah s.a.w.
- Ayat yang seterusnya, ayat 35 ( 33:35) adalah bukti bahawa dalam bab pahala, amal, tidak ada perbezaan diantara lelaki dan perempuan. Dibezakan fungsi sahaja. Asbabun nuzul ayat ini - Isteri2 Rasulullah datang, mereka mengadu kepada Rasul datang, mereka berkata ‘Ya Rasulullah, seronok jadi lelaki, mereka boleh berjihad, mereka boleh berperang. Kami tak boleh berperang. Mereka disyorkan berjemaah mendapat pahala 27 kali ganda, kami tak. Mereka merasa seakan-akan ketika itu Allah meng-under estimate wanita. Maka turunlah ayat ini. Allah kata jangan risau. Bab ibadah lelaki perempuan sama. Laki2 solat berjemaah mendapat 27 derajat ( to the power of 27 ) Kalau pahala 100, sebagai berjemaah, 100 kuasa 27, iaitu 100 darab 100 darab 100..... sebanyak 27 kali. Perempuan macam mana ? Nabi pernah berkata ‘Rumah2 kamu adalah lebih baik bagi kamu daripada masjid ’. Kalau wanita nak berjemaah di rumah maka pahala Allah berikan lebih besar baginya daripada di mesjid bersama lelaki.
- Allah sudah menyediakan semuanya ampunan dan pahala yang besar. أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا [٣٣:٣٥]
- Conclusionnya adalah sekurang2nya ada 10 ciri wanita yang solehah.
Comments