Seorang saksi itu dituntut padanya bersyahadat/bersumpah sebelum dia buat kesaksian bahawa dia telah menyaksikan anak bulan
Kata Ibn Abbas r.a. suatu hari seorang A’rab (Orang Badwi, orang kampung), dia datang kepada Nabi s.a.w. maka dia berkata, ‘aku sungguh2 telah melihat anak bulan’. Nabi pun berkata ‘beranikah kamu berkata laa ilaha illallah, iaitu bersumpah?’ Dia kata Ya. Nabi berkata ‘ adakah kamu mahu bersaksi Muhammad itu utusan Allah’. Dia kata Ya. Maka Nabi pun berkata ‘Kalau demikian wahai Bilal, beritahu kepada semua manusia.’ Supaya mereka berpuasa besok.
Hadith ini diriwayatkan oleh 5 orang (selain Bukhari Muslim) dan disohehkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban tetapi di tarjihkan oleh Imam Nasai’ sebagai hadith Mursal, iaitu hadith yang tidak sampai kepada derajat hadith yang soheh. Paling tinggi ia hadith hasan.
Fiqh hadith : Seorang saksi itu dituntut padanya bersyahadat/bersumpah sebelum dia buat kesaksian bahawa dia telah menyaksikan anak bulan.
Apa itu Mursal, yang diriwayatkan secara terus kepada Nabi tanpa melalui rantaian. Maknanya daripadaTabi’in terus kepada Rasulullah. Patutnya dari tabi’in terus pada sahabat, tapi terus pada Rasulullah. Terus dikirim, di serahkan terus pada Nabi. Hanya mustahil tabi’in itu berbohong. Hanya dari segi prosedur dia patut refer pada sahabat, sahabat pada Rasulullah. Tapi dia terus pada Rasulullah s.a.w., jadi ia hadith mursal hadith, hasan.
Rujukan Bulugh-Al-Maram, The book of Siyam (Fasting) No. 531
Rujukan Bulugh-Al-Maram, The book of Siyam (Fasting) No. 531
Comments