Apabila datang sesuatu berita

Apa kata Islam apabila datang kepada kita berita tentang sesuatu isu ? Tak kiralah dari mana, FB, Twitter, Whatsapp, Akhbar, TV….

Sebelum kita repost, share, publish…Islam kata :

1) Tabayyun - Allah kata selidik, check, betul atau tidak berita tersebut. Check dengan pihak yang relevan. Kalau ada kemusykilan contohnya :
a) Isu2 content dalam makanan dalam sesuatu restoran, 
b) kotor atau tidak sesuatu tempat makan,
c) halal atau tidak sesuatu produk, barangan makanan atau restoran.
d) kambing ke khinzir ni?
e) guilty ke tidak orang atau orang2 ni.

Apa2 isu. Any isu. Periksa dulu, kata Allah. Supaya Jangan sampai kita terlanjur menimpakan satu tuduhan terhadap orang lain disebabkan kejahilan kita tentang isu tersebut.

2) Tawaqquf - Kalau kita tidak menjumpai kebenaran, kita harus tawaqquf, iaitu berhenti daripada membicarakan isu tersebut. Jangan kita masuk kepada menjadi orang yang melibatkan diri dalam menyebarkan isu.

Sekira berita itu benar, dan sekiranya kita mempunyai kuasa untuk mencegah atau sebagainya, kita harus mengambil sikap amar ma'ruf nahi munkar kepada pihak yang terbabit.

Kalau kita tidak mempunyai kuasa untuk mencegah, then kita harus bertawaqquf.

Apabila kita post sesuatu berita yang tidak jelas, kita sudah menyebarkan isu tersebut. Walapun kita attach dengan 'betul ke berita ni ?', 'can someone verify?'. Kita dah sebarkan sesuatu yang tak jelas sebenarnya. Itu kerja orang fasik.

Rujuk pada Al-Quran, Al Hujraat 49:6 dan Surah Nur 24:15.

Dan sentiasa kami dipesan dalam kuliah, bila ilmu dah sampai, hukum dah jatuh. Ittaqullah.

Comments

Popular Posts