Walimah

Waliimah itu dari segi bahasa bererti berhimpun (suami isteri). Bab yang yang membahaskan menghimpunkan suami isteri. Perkataan nya َوَلَم walama. Asalnya Al-jama'ah yang bermaknanya menghimpun. 
Bezanya walimah adalah berhimpun dalam keadaan suruur, happy, suka sama suka. dan kalau Jamaah itu berhimpun biasa. Walimah itu menghimpunkan antara suami isteri dalam keadaan mereka suka sama suka. Dari segi makna bahasa sahaja kita melihat bahawa pernikahan itu harus berdasarkan suka sama suka, wajib hukumnya. Sebab itu tidak sah pernikahan dipaksa. Kalau wanita (atau satu pihak) datang melapurkan kepada hakim mahkamah ia kahwin di paksa, hakim ada hak untuk memisahkan dia.

Waliimah di syariatkan. Walimah tidak wajib tetapi ia merupakan sunnah Rasululullah sallallahu 'alaihi wa sallam dengan tujuan untuk mengelakkan fitnah dalam masyarakat. 

Rujukan : Hadits No. 1067/ Bulugh Al Maram 892
Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah melihat bekas kekuningan pada Abdurrahman Ibnu Auf. Lalu beliau bersabda: "Apa ini?". Ia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menikahi seorang perempuan dengan maskawin senilai satu biji emas. Beliau bersabda: "Semoga Allah memberkahimu, selenggarakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.

Fiqh hadith

Hadith ini difahami oleh Ibn Hazm (seorang alim diantara Ulama'2 Zohiriah /Ahlu Zohir) dan Imam Ahmad (Hanbali) bahawa walimah itu wajib meskipun sesederhana mungkin. Ahlu Zohir mengambil hukum mengikut zahir hadith. Imam Ahmad bin Hanbal cenderung kepada Ibn Hazm. Zahir hadith ini, Nabi kata Auluu، menunjukkan perintah. Bila perintah, menunjukkan wajib.

Kemudian sebahagian Ulama' yang lain pula mengatakan sunnat sahaja, sebab tidak ada dalil yang mengecam. Ada perintah tetapi tidak ada ugutan. Bermakna perintah tersebut jatuh kepada sunnat. Paling tinggi, sunat maakkad. Jumhur (majoriti) Ulama' mengatakan waliimah itu manduub, iaitu sunnat. Imam Shafie menaikkan taraf ke sunnat muakkad, sunnat yang sangat2 digalakkan kita lakukan.


Apabila seseorang dipanggil/dijemput oleh saudaranya, maka ia wajib mendatangi jemputan tersebut samaada walimatul urus ataupun selainnya. 

Saudara kita iaitu abang, kakak, adik, sepupu, dan sebagainya apabila dia buat kenduri, wajib kita mendatanginya. Dengan catatan, kenduri yang tidak melibatkan perkara2 yang haram/mungkar. Contohnya kenduri dapat anak, dapat cucu. Hukumnya wajib.

Rujukan : Hadits No. 1068/Bulugh Al Maram 893

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seorang di antara kamu diundang ke walimah, hendaknya ia menghadirinya." Muttafaq Alaihi.
Menurut riwayat Muslim: "Apabila salah seorang di antara kamu mengundang saudaranya, hendaknya ia memenuhi undangan tersebut, baik itu walimah pengantin atau semisalnya.

Comments

Popular Posts