Tips supaya tidak sedih atau gulana pesanan Amir bin Abd Qais

Amir (atau Umair) bin Abd Qais, adalah daripada generasi tabi'in iaitu mereka yang sempat berjumpa sahabat tetapi tidak sempat berjumpa Rasulullah sallalhu 'alaihi wa sallam. Beliau dilahirkan di Basrah, Iran. Beliau wafat pada umur 83 tahun di Kufah, Iran. Beliau dikenali oleh rakan2nya, seumur hidup sebagai seseorang yang tidak pernah nampak sedih bermasaalah atau gundah gulana walaupun pada zahirnya kelihatan dalam kategori keperihatinan. Dia menghadapi hidupnya dengan penuh optimis, dan penuh positif. Bila beliau tanya bagaimana ia menyingkapi hidup ini dengan tenang walaupun menghadapi hidup dengan penuh keperihatinan (miskin zahir mata memandang), beliau berkata "Dahulu sesudah saya pelajari 5 ayat di dalam Al-Quran dan saya mentadabburnya ( tadabbur - menghayati dan memahami secara mendalam hikmah dan tujuan ayat sehingga melahirkan sikap yang diinginkan ayat tersebut) maka saya tidak ada alasan hidup dalam keadaan gundah gulana.". Apakah lima ayat tersebut?

1) Tips pertama supaya tidak sedih atau gulana 

Rujuk Surah Faatir 35:2

مَّا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Apa2 sahaja nikmat yang Allah nak berikan kepada hambanya
tidak ada seorangpun yang dapat menahan
Sebaliknya, dan apa sahaja yang Allah nak hold, Allah pegang, Allah nak tahan, nikmat kepada seorang hamba,
tidak seorang pun yang dapat melepaskan, memberi nikmat tersebut.

Inilah yang di sebut oleh Nabi sallalhu 'alaihi wasallam dalam pesan beliau kepada kita, kalau boleh dalam sehari jangan lupa membaca zikir di bawah ini - Kalau boleh jadikan ia spirit dalam hidup kita :

اللهُمّ لا مٓانِعٓ لِما أٓعْطٓيْتٓ، ولا مُعْطِي لمِا مٓنٓعْتٓ، ولا يْٓنفٓعُ ذٓا الْجٓدِّ مِنْكٓ الجٓد

Ya Allah, tiada seseorang pun yang dapat menahan atau menolak segala apa yang Engkau beri,
Dan tiada seseorang pun yang dapat memberi segala apa yang Engkau tegah
Dan tiada berguna segala kemuliaan berbanding kemuliaan Engkau

Zikir daripada Nabi ini menjadi keterangan bagi surah Faatir 35:2.

Disini harus diambil pelajaran bahawa tidak perlu ada kebimbangan dalam kehidupan kerana segalanya sudah diatur oleh Allah. Jadi, tidak perlu ada sifat hasad kepada kejayaan orang. Lahirlah sifat tafaa'ul, bahasa Arab, iaitu sifat optimis.

Kata Rasulullah, sallallahi 'alaihi wa sallam, Wahai segala manusia, sekiranya berhimpun seluruh jin dan manusia untuk menolong mu atas sesuatu, mereka tak boleh nak tolong kamu kecuali dengan izin Allah.
Sebaliknya, sekira semua manusia dan jin berhimpun, berpakat untuk mencelakakan kamu, mereka tidak boleh mencelakakan kamu kecuali dengan izin Allah.

Jadikanlah ia sebagai semangat dalam diri kita.


2) Tips kedua supaya tidak sedih atau gulana

Rujuk kepada Surah Al An'am 6:17

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kenapa diakhir ayat فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ , maka Allah maha berkuasa atas segala sesuatu ? Sekiranya Allah nak berikan kebaikan kepada kamu, beringat ya!! , Aku mampu menukar kebaikan itu anytime. Maknanya jangan lupa diri ! Kerana manusia cepat ingat Allah bila ada musibah tapi bila diuji dengan kesenangan berapa gelintir manusia yang ingat kepada Allah. Allah kata, sekira Allah menyentuh kamu dengan kebaikan, kesenangan hidup, keselesaan hidup, Ingat ! Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Jangan leka dengan 'khair', dengan kebaikan tadi. Anytime Allah boleh cabut kesenangan tadi. Ini, bila Allah beri kesenangan selama 30, 40 tahun, kemudian Allah bagi dugaan kepada kita selama 3 bulan, atau 4 bulan, setahun, seolah olah kebahagiaan yang Allah bagi 30 atau 40 tahun tertutup dengan kesedihan yang setahun itu. Ini makna ayat ini.

Maka kata Amir bin Abd Qais, bila ingat ayat ini, apabila ditimpa dengan satu musibah, dia tidak terlampau sedih, dan bila diberi kenikmatan, dia beringat. Sebab bila diberi nikmat, stand by ! Bila di atas, stand by, kita akan turun. Bila di bawah, jangan putus harapan, jangan putus semangat. Insya Allah kita akan naik ke atas.


3) Tips ketiga supaya tidak sedih atau gulana

Rujuk Surah At-Talaq, ayat 7, 65:7

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا
سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

Di sini kita lihat kepada penghujung ayat, سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Ini janji Allah !

Janji Allah juga Allah tidak akan membebani hambanya dengan sesuatu yang di luar kemampuannya. Allah beri penyakit kepada kita, tidak sebagaimana Allah bagi penyakit kepada Nabi Ayub alaihis salam. Kenapa? Kita tidak akan mampu menanggung sebagaimana sakitnya Nabi Ayub alahis salam. Masing2 kita diberi sesuai dengan diri masing2. Hanya kita sahaja yang rasa, I cannot, saya tak boleh. Tapi Allah kata engkau mampu.

Percayalah kata Allah, Allah akan menjadikan kemudahan sesudah kesusahan.

Seperti juga dalam Surah Insyiraah 94:3-6

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Allah kata satu kesusahan kamu Aku ganti dengan banyak(kemudahan). Bila Aku bagi satu musibah, kata Allah, tolong terima, Why? Aku ganti kesabaran kamu dengan يُسْرًا , dengan banyak kemudahan/bonus. Bila Allah kata الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ , sesudah kamu terbebani dengan masaalah kamu, (Allah tahu masaalah kamu sudah cukup menjadi beban bagi kamu. Allah tahu. Allah yang mencipta manusia), selepas itu Aku angkat nama engkau وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ . Di sisi Allah orang2 yang terbebani dengan masaalah ini, nama kita, derajat kita dinaikkan Allah. Cuma kita sahaja yang tak nampak.

Ingat ! kata Allah فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Disebalik sesuatu dugaan, Allah bagikan bonus/kemudahan.

Lepas itu Allah ulang lagi, إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap dugaan disertai kemudahan.

إن الله لا يخلف الميعا
Sesungguhnya Allah tidak mengingkari janji.


4) Tips keempat supaya tidak sedih atau gulana

Rujuk pada Surah Hud ayat 6, 11:6

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Keterangan

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Allah yang bergerak atau melata di bumi Allah ini daripada manusia, sampai semut, sampai cacing dalam tanah, melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya, melainkan Allah guarantor rezkinya, yang jamin rezkinya. Sebab itulah orang yang beriman itu tidak takut pada rezki Allah. Di mana2 Allah akan berikan rezki. Ayat ini sebagai jaminan. Aku guarantor, kata Allah. Bab rezki kamu jangan susah. Tugas kamu i'mal, berusaha. Bukan kita yang menentukan rezki. Kita berusaha mencari rezki. penentuan di tangan Allah. Allah tahu dimana kamu tinggal, dilahirkan dan Allah tahu di mana engkau akan di matikan, وَمُسْتَوْدَعَهَا . Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


5) Tips kelima supaya tidak sedih atau gulana

Rujuk Surah Toha ayat 131, 20:131

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

Dan janganlah engkau tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka sebagai bunga kehidupan , untuk Kami cobai mereka dengannya; Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal

Allah kata jangan kamu suka sangat tengok apa yang Allah beri kepada orang lain. Sikit sikit, orang tu, orang tu. Inilah yang menimbulkan racun hasad dengki dalam diri kita. Tidak pernah ada sifat syukur dalam diri kita. Kenapa? Kita sentiasa membandingkan diri kita dengan orang lain. Padahal kata Allah dalam ayat ini, kenikmatan yang Aku beri kepada orang lain itu untuk menguji mereka, لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ Allah menguji mereka ! زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا Bunga kehidupan dunia, yang namanya bunga, akan layu. Ia tidak kekal. Jadi Jangan suka tengok orang lain, jangan pernah bandingkan diri kamu dengan orang lain. Itu bahagian dia. Ini bahagian kita. Kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada diri kita. Dan bersyukur atas nikmat yang Allah beri kepada orang lain. Di penghujung ayat, kita minta pada Allah rezki di tangan Allah sahaja yang lebih kekal dan lebih baik.


Summary tips daripada Amir bin Abd Qais supaya tidak sedih atau gundah gulana :

1) Jangan pernah takut menghadapi kehidupan kerana semuanya sudah ditentukan oleh Allah. (rujukan Surah Faatir 35:2)
2) Apabila Allah bagi kebaikan atau kenikmatan, jangan lupa diri atau leka dengan kesenangan hidup, sentiasa beringat, supaya sekiranya Allah mencabut kebaikan itu atau ditimpa musibah, dia tidak terlampau sedih ( rujuk Surah Al-An'am 6:17)
3) Allah janjikan kesenangan selepas kesusahan atau ujian. Ini janji Allah. (Rujuk Surah At-Talaq 65:7 )
4) Rezki kita semua Allah sudah tentukan masing2, antara kita berbeza dengan yang lain. Jangan takut tidak ada rezki, Allah yang menjaminkan rezki. Tugas kita adalah berusaha. (Rujuk Surah Hud 11:6)
5) Jangan suka tengok apa yang Allah beri kepada orang lain. Kerana kenikmatan yang Allah beri kepada mereka itu adalah untuk menguji mereka. (Rujuk Surah Toha 20:131)

Mudah2an lima ayat ini dapat memberi semangat kepada kita dalam menghadapi kehidupan. Jadikan ia sebagai panduan hidup dan spirit dalam diri kita. Jangan pernah give up. Ingat Allah bersama kita. La Tahzan, inna Allaha maana. Allah sentiasa bersama kita.

Comments

Popular Posts