Al-Quran buku panduan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7dzwdSDyPUX5ebVVuHYVaCsUugIv3Xy8wfhJlB41VqrbDpvJWN7CswhHrBicRlHyu9zXg2RpHiF0UHk6Ti7f_OCjILJFU0PJkNHO0e7iRjD-R1iPOpDMjwtxJfUoA0ydwpgMtSyDhbVm0/s320/IMG_4299.jpg)
Buku panduan manusia adalah Al-Quran. Apabila seseorang yang tahu lahir tetapi tidak pernah merujuk kehidupannya kepada Al-Quran akibatnya, bila ia mengalami masaalah, ia menggelabar. Dalam surah Al Baqarah, ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِين
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Allah mengatakan Al-Quran sebagai هُدًى hudan. Makna lain bagi hudan adalah solusi. Al-Quran sebagai jalan keluar, Al-Quran adalah solusi kepada permasaalahan manusia. Allah yang mencipta manusia. Pasti Allah mendatangkan bersama ciptaannya buku panduan. Kerana manusia tidak merujuk kepada buku panduan itulah maka berjuta masaalah lahir di dunia ini. Yang kedua manusia membuat buku panduan sendiri yang kononnya itu lebih bagus daripada buku panduan Allah. Padahal manusia ini mempunyai sifat lemah. Kita bawa kereta katakanlah Mercedes, tapi boleh ke kita bawanya pergi ke workshop Proton contohnya? Masaalah manusia, semua solusi terdapat dalam Al-Quran, kalau manusia mencari jalan keluar dengan membuat solusi sendiri, sampai kiamat takkan jumpa jawapannya. Itu harga mati yang tak dapat ditawar lagi. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan.
Comments