Rehat itu di jannah - الراحة في الجنة

Rehat itu di syurga nanti.  Ada ungkapan daripada Shaikh Uthaymeen rahimahullah apabila student di Madinah bertanya, kami nampak Shaikh sentiasa sibuk, non-stop, sehingga masa rehat malam pun sangat2 kurang.  Tiada istilah berehat. Kalau beliau tidak mengajar, maka ketika itulah beliau bersama Allah. Dan apabila selesai, bersama Allah, maka ia membuat aktiviti lain.

Kalau kita lihat kepada tafsir didalam Al-Quran, فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),. Rujuk surah Al-Insyarah surah 94 ayat 7.

Rehat dalam Islam itu bermakna perpindahan. Hingga student Madinah bertanya, bila Shaikh hendak berehat ? Dia berkata الراحة في الجنة Rehat itu di syurga.

Jadi tugas kita di dunia ini mengumpul points, mencari bahan untuk bekal kita di akhirat nanti. Orang yang banyak berehat di dunia akan susah di akhirat. Kita sebagai isteri, kita niatkan susah payah kita melayan suami, melayan kerenah anak siang malam pagi petang, sebagai kerja, untuk mendapat keredhaan Allah, supaya nanti di akhirat tinggal berehat.


Muqaddimah 23/12/2013

Comments

Popular Posts