Syarat Taubat
- Di dalam surah Surah Al-Furqon ( 25 : 70 ) Allah tidak menyuruh orang yang bertaubat itu mengqadha' ibadah mereka, justeru malah dosa yang dia mungkin tidak puasa dahulu, dosa yang dia mungkin pernah minum khomar dahulu, dosa yang dia mungkin pernah berzina dahulu, ditukar oleh Allah menjadi kebaikan/pahala.
- Jadi nilai taubat itu menutup semua dosa. Taubat tersebut itu diiringi dengan keimanan. Maknanya selepas dia bertaubat dia mesti memperbaharui keimanan dia kembali. Syarat dia bertaubat, lepas itu dia mesti buktikan keimanannya dengan amal soleh.
- Ada 3 syarat bertaubat :
- Kembali kepada Allah
- Perbaharui Iman
- Beramal soleh
- Seseorang itu dikatakan bertaubat apabila ia kembali kepada Allah.
- Apabila seseorang kembali kepada Allah, kemudian selepas dia bertaubat kepada Allah, dan membuktikan imannya dengan mengerjakan amalan soleh, janji Allah, Allah akan menukar dosa2 dahulu sebanyak mana pun dengan pahala.
- Taubat mesti untuk semua kesalahan, tidak boleh pilih2 atau satu sahaja. (contoh: hanya pilih untuk pilih solat fajr awal fajr dan bukan pada penghujung waktu, sahaja - bermula esok saya on time)
- Ini juga bermakna sekiranya orang yang tidak berpuasa dahulu tidak perlu qadha' hanya perlu taubat.( rujuk pada posting "qadha puasa & fidyah" dan Al-Baqarah 2: 184 )
Keterangan
Istighfar - Kita dituntut untuk beristighfar setiap hari. Maknanya istighfar ialah memohon ampun pada Allah. Nabi beristighfar tidak kurang 70 kali sehari. Nabi kekasih Allah tapi Nabi tidak pernah kurang 70 kali beristighfar sehari.Ayat sebelumnya ( 25 : 68-69 ) :
3 Dosa Besar yang masuk kategori tidak dimaafkan oleh Allah
- syirik
- membunuh
- zina
- Siapa yang melakukan 3 perbuatan tadi, dia menghumban diri dia dalam dosa besar. Allah menyenaraikan 3 dosa besar tersebut dalam Al-Quran.
- Allah lipat gandakan siksaan nya di hari akhirat. Dan dikekalkan dia di dalamnya dalam penuh kehinaan.
- Tetapi Allah nak cerita kepada kita betapa marah nya Allah, betapa murkanya, ternyata sayangnya Allah lebih luas dari kemurkaannya.
- Buktinya dalam ayat selepasnya, ayat 70 - Kecuali yang mahu bertaubat, kembali kepada Allah dan beriman dan membuktikan taubat dan imannya dengan mengerjakan amal soleh.
- Maknanya semarah-marah Allah, ternyata rahmat Allah lebih luas. Bukan sahaja Allah hapuskan dosa mereka (orang yang bertaubat ) malah Allah gantikan dosa mereka dengan kebaikan.
( Rujukan surah Al-Furqon 25 : 70 )
Comments