Apa beza orang Aalim dan orang Aabid (Ahli Ibadah) ?

Dalam Al-Quran tidak ada ayat yang memuji ahli ibadah. Tetapi dalam Al-Quran, Allah memuji orang yang Aalim.


Apa bezanya orang2 yang aallim dan orang2 yang aabid ?
  • Orang aalim adalah orang yang mengerjakan sesuatu dengan ilmu.
  • Orang aabid adalah orang yang beribadah berdasarkan kepada kehendak dia
Kita hidup ditengah orang yang aabid/ubbad/ahli ibadah tapi kurang orang2 yang aalim.

Orang yang aalim in biasanya mereka bersederhana dalam ibadahnya tapi semua ibadahnya are based on knowledge.

Apa sahaja dalam hidup ini, kalau tak ada ilmu, tak jadi. Contohnya kalau kita nak buat kuih mesti ada recipe. Dalam mendidik anak pun ada sekolah dia. Semua benda mesti ada ilmu.

Tapi yang kita rasa terkilan, bab ibadah, kenapa orang tak ada ilmu. Dia rasa "Ini elok aku buat", dia buat. "Aku fikir tak salah" , dia buat.

Dalam ibadah tak boleh mengikut perasaan. Sebagaimanapun kita buat kuih pun tak boleh mengikut perasaan. Kena ada recipe dia. Kadang2 ikut recipe pun tak betul. Apa lagi kalau tak ikut recipe? Kita ikut knowledge pun kadang2 tak sah juga. Apa lagi yang tak ikut knowledge.

Sebab itu lah the first spirit in Islam is Iqra'. Wahyu pertama adalah Iqra', bukan solat atau puasa atau haji. Makna sebelum kamu beramal, ada ilmu dahulu. Banyakkan membaca.

Kita hidup ditengah para ubbad tapi kita kekurangan para aalim/ulama'.

Aabid ini ahli ibadah. Betul ke tak betul ibadahnya, yang penting dia rajin ibadah.

Lawan katanya adalah aalim.

Apa bezanya ? Zahirnya, aabid ini non-stop ibadah dan kita kerap kali silau mata dengan orang-orang aabid ini. " Rajinnya dia !!","orang tak solat pun dia solat" Punya lah rajinnya, "lepas asar pun dia solat". "Lepas subuh pun dia solat". Kita betul2 takjub dengan ibadah nya.

Orang aalim in penampilannya sederhana, ibadahnya berpada-pada, tetapi ibadah yang berpada-pada itu berdasarkan kepada ilmu. 

Buktinya dalam Al-Quran, Allah tidak pernah memuji orang2 yang aabid. Tetapi berpuluh-puluh ayat Allah memuji orang2 yang aalim. Bahkan Allah mengelarkan mereka dengan Ulul Albaab, Ulul absaar, Ulin-nuhaa.

Kita sudah silau mata pada para ubbaad. Kita kata  "Hebat puasanya 3 bulan berturut2" - Allah tak suruh.

Penilaian masyarakat, dia silau dengan banyak ibadah tadi. Ibadah itu hanyalah wasilah. Matlamat itu adalah apa yang dihasilkan daripada ibadah yang tersebut.

Comments

McRoddy said…
Allow me to share (based on Nouman Al Khan & Ustaz Kariman), as per Surah Al Fatihah, the first 3 ayats specifically for the attainment of knowledge (via sifat2 Allah), and the last 2 ayats depict our actions.

1) If there is knowledge but with no action, that would lead to 'maghdubi'alaihim' (Allah's anger); and
2) if there are actions based on no knowledge, that would lead to 'dhollin'.

Hence, with knowledge, we will know where we stand and it is the only way to gain Allah's pleasure. Allahualam.
mm-aljauhari said…
JazaakAllah khoiron Ukhti. Thank you for sharing.

Popular Posts