Doa yang kerap dibaca Nabi ketika Ramadhan

Diantara doa yang diijabah oleh Allah ketika kita berpuasa adalah saat-saat sebelum berbuka puasa. Doanya orang yang berbuka, doanya orang yang membukakan orang, doanya orang yang berpuasa, sebelum dia berbuka puasa. Kalau kita kira jam waktu buka itu pukul 7:30, pukul 7:00 lah mendekati masa berbuka. Itulah masa yang diijabah oleh Allah. 


Elakkan daripada banyak bercakap. Sambil kita menunggu berbuka, kalau kita boleh duduk bersama dengan anak2, cucu2, tak payah dipimpin, minta mereka berdoa. Doa apa sahaja. Ini adalah waktu yang diijabah oleh Allah. Kemudian bila mendengar azan, kita pun segera membaca doa buka puasa yang dicatatkan dibawah (no.3).


1. Doa - Jadikan sebagai zikr


 الَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


Ya Allah, sesunguhnya engkau maha pemaaf, Engkau sukakan orang yang memohon kemaafan, dengan demikian, maafkan aku Ya Allah


2.  Doa Akhlak


  الَّلهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الآَخْلَاقِ والأَعْمَالِ ، والْأَهْوَاءِ ، والْآَدْوَاءِ


Ya Allah jauhkan diriku daripada akhlak2 yang mungkar/rosak, amalan yang mungkar, kemungkaran hawa nafsu , dan keburukan penyakit. [ Rujuk kitab Bulugh Al-Maram no.1293 bab "cautioning against the mischievous conducts"]


3. Doa Buka Puasa yang dibaca Nabi s.a.w.


 ُذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَ ثَبَتَ الأَجْرُ إِن شَاَءَ اللَّه


Telah hilang dahaga dan telah basah kerongkong/halkum urat2 semua dan mudah2an Allah tetapkan pahala (balasan dan ganjaran) tak hilang, insyaAllah. [ dikeluarkan oleh Abu Daud II/306 dll. Lihat Shahihul Jamie' IV/209]


Doa buka puasa "Allahumma lakasumtu wa bika aamantu....." hadithnya adalah hadith yang sangat sangat  dhaif. Bahkan Albani menyatakan tidak ada asalnya hadith itu. Ia tidak dibaca Nabi, tak dibaca sahabat, tak dibaca tabiin, tak dibaca tabiut tabiin, tak dibaca imam mazhab.

Comments

Popular Posts