Membaca zikir apabila menjelang berbuka

Bila lepas asar, menjelang berbuka, kita baca zikir Ramadhan, adakala kita rasa sayu hati, kita bimbang kalau2 Allah tidak mahu melihat puasa kita.

Aku bersumpah bahawa tiada Ilah melainkan Allah, Aku memohon ampun kepada Engkau Ya Allah. Aku memohon syurga pada Mu dan aku berlindung kepada Mu daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang maha pemaaf, Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah diri ku.

Kerana apa kita baca zikir tersebut menjelang berbuka ? Sebab Ya Allah selama sehari kami berpuasa , kami tak tau, sama ada sudah sesuaikah dengan yang Engkau inginkan ibadah puasa kami. Itu sebab kita minta maaf kalaulah puasa kami banyak kekurangan2. Kita berdoa kepada Allah. Sebabnya kadang2 bila lepas asar, kita dah siap2 semua hidangan menjelang berbuka, kita baca zikir Ramadhan, adakala kita rasa sayu hati, kita bimbang kalau2 Allah tidak mahu melihat puasa kita. Bermaknanya kita just perasan kita dah berpuasa tapi tidak ada nilai puasa.

Kata Baginda Rasul s.a.w. "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak ada apa2 baginya pahala melainkan lapar dan dahaga sahaja." Pahala zero.

Comments

Popular Posts