Ikhlas dan Mutaba'ah dalam Ibadah

Para Ulama' menyatakan bahawa di dalam ibadah itu ada dua perkara yang menjadi asas :
  1. Ikhlas   ٌاِخْلَص
  2. Mutaba'ah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.  مُتَابَعَةُ السُّنَّةِ

Mutaba'ah terdiri daripada 6 konsep atau theory, dia sempurna padanya 6 perkara :
  1. Sebabnya سبب ( Mutaba'ah tidak akan wujud, selama dia di dalam mengerjakan satu ibadah tidak memperhatikan satu sebabnya) 
  2. Jenisnya   ٌجِنْس
  3. Kadarnya  ٌقَدْر
  4. Kaifiyahnya / Caranya  ٌكَيْفِيَّة
  5. Waktunya     ٌوَقْت
  6. Tempatnya   مَكَان
Rujuk kepada surah Al-Baiyinah(98: 5), selepas ikhlas dan hunafaa',  baru Wayuqiimussolata wa yu' tuzzakata wa zalika diinul qoiyyimah.

Wa ma umiru, kata Allah -  Aku tidak perintahkan mereka, dengan apa-apa saja perintah, 
Illa - melainkan hendaknya mereka, mukhlis (ikhlas) dahulu (mukhlisiinala huddin).  Kedua, hunafaa' (lurus).

Mukhlis, konsep ikhlas kerana Allah. Hunafa', lurus. Lurus maknanya mutaaba'atus sunnah.

Dalam semua kitab tafsir, diterangkan hunafaa'  mustaaba'atus sunnah. 
  1. SEBAB
    1. Contoh : Solat tahajjud di syariatkan. Kemudian, saya bangun solat tahajjud kebetulan pada malam 27 bulan  Rejab (malam isra' mi'raj). Padahal kata Ibn Taimiyyah, siapa yang mengatakan pasti pada malam itu, 27 Rejab itu Isra' Mi'raj itu  dia bohong. Tidak ada Ulama' yang sepakat yang malam Isra' Mi'raj itu 27 Rejab, itu tak ada. Sebagaimana tidak adanya sarang labah2 di depan gua. Maka kemudian, saya pun solat tahajjud bersempena dengan malam Isra' Mi'raj hilang syariatnya, ia bid'ah. Asalnya syariat, saya tahajjud, tapi saya niatkan sempena malam Isra' Mi'raj, jadi bid'ah. Walaupun, pada mulanya asalnya syariat. Tapi sebab "sempena" ! Sama juga , membaca yasin, walaupun ia disyariatkan tetapi "sempena" malam Jumaat itu bid'ah. Ertinya perkara yang asalnya syariat dan disyariatkan pun, kalau niatnya berubah dan tidak disyariatkan pun maka berubah menjadi bid'ah. Jadi jangan kita buat sebab2 yang tidak pernah ada diterangkan Nabi sebab2 nya.
  2. JENIS
    1. Seperti kita berkorban - Berkorban hanya 3 sahaja haiwan, Unta, Kambing, Lembu. Ada orang korbankan kuda - boleh tak ? Tak boleh ! Ayam, Itik... tak boleh. Kerbau masuk kategori lembu. 
    2. Ada soalan : 
      • Ustaz, keluarga saya tak makan kambing. Tapi kami nak aqiqah untuk laki-laki, iaitu 2 ekor kambing. Dan nampak jiran pun tak berapa suka kambing. Boleh tak nilaikan dengan bahagian dalam korban, iaitu lembu ? Kalau lembu nampak gaya semua orang makan. Ustaz kata,Tak boleh ! Kenapa ? Sebab yang disyariatkan untuk aqiqah hanyalah kambing. Itu jelas.
      •  Dia tanya lagi, "Apa kata, Ustaz  kalau seekor kambing ini, paling bagus harganya 500, kalau 2 ekor 1000 - itu, kalau dinilaikan dengan ayam, kita bagi2, boleh kan? sama saja ?" Mana boleh sama. Ini kambing, ini ayam. Maknanya kambing tak kambing, masaalah awak makan atau tak makan itu next. Yang penting, aqiqah, kambing, laki-laki 2 ekor, perempuan 1 ekor. 
      • Dia tanya, apa pendapat Ustaz kalau aqiqah ini saya hadiahkan ke negeri yang lain sebagaimana qurban. Disini ada perbezaan. Qurban tidak sama dengan aqiqah. Beliau mengatakan ada pihak yang membenarkan. Kalau Quran dan hadith tidak membenarkan ? Nak ambil yang mana satu ? Hatta dalam Qurban sekali pun, make sure pastikan dinegeri anda tidak ada orang memerlukan daging barulah di negeri yang lain. Jangan beruk di hutan disusukan anak sendiri kelaparan. Ada Ezy Qurban, qurban ke Kemboja. Kita kata memang kita kesian, kita pun terharu dengan keadaan mereka. Tapi tidak menjadi sebab kita memalingkan hukum syariat. 
      • Dia kata, "Tapi ada pihak yang kata boleh, Ustaz ? ". Ustaz kata hadith Nabi kata tak boleh. Pihak tersebut kata 1000 kali boleh, Nabi kata tak boleh, cukup sekali,  Ustaz katakan tak boleh. Aqiqah fungsinya sebagai pengisytiharan bersyukur kepada Allah. Kita masak, kita merai jiran-jiran, panggil mereka, sebagai bentuk terima kasih. Kalau nak jugak kita bersedekah ke Kemboja, kalau dua ekor kambing,  satu di tempat kita, satu di sana. Jangan semua di sana sampai kita tak buat apa pun di sini. Ini pun tak boleh. Qurban pun begitu. Pastikan di negara kita dah tak ada orang yang perlu lagi dah. Di kawasan kita tidak ada orang yang memerlukan, semua orang2 kaya raya, setiap hari mereka makan kambing, makan lembu, barulah kita cari yang lain. Tempat kita mesti ada qurban. Itu syiar !!!
      • Kemudian hamba Allah ini berkata," Tapi Ustaz, susah sikit sebab jiran saya majority non-muslim."Ustaz kata, "What's wrong with non-Muslim?". Nabi buat  jirannya Yahudi. Kita kalau buat kenduri, kita bukan hanya jemput yang Muslim sahaja. Ini sebagai suatu media dakwah..., jemput. Kita mendapat cucu, mendapat anak sebagai kesyukuran, kita mengisytiharkan, jemput dia, jemput dia,  tak ada masaalah. 
      • Ini berbeza dengan daging haiwan qurban. Mereka tak ada hak di situ. 
      • Bezakan antara aqiqah dengan qurban. Haiwan qurban kita bagi dalam bentuk daging. Aqiqah dalam bentuk makanan. Itu perbezaannya.
  3. KADAR seperti misalnya menambah bilangan rakaat. Dua rakaat subuh it mungkin kurang, tambahlah 3 rakaat.  Itu tak boleh. Sudah ditentukan oleh Allah.
  4. KAIFIYAH/CARA nya pun demikian. Bagaimana caranya misalnya daripada kita bersedekap, kita terus sujud, bangun, kita i'tidal, kita ruku', kita tahiyyat terus. Tak boleh. Kaifiyah kita ikut aturan dia. Meskipun semua itu ada dalam solat tapi kita kacaukan aturan dia pun tak boleh. Ini pun dikategorikan sebagai perkara bid'ah.
  5. WAKTU pun kena ikut mutaaba'ah. Kena ikut yang diatur Nabi s.a.w.. Seperti misalnya pembayaran zakat fitrah. Waktunya apa ? Sebelum Eid Fitr. Kalau selepas itu dah jadi sedekah. Orang ingin mengerjakan solat asr. Tapi sebab dia ingin cepat, sebelum azan dia solat dahulu. Itu salah.
  6. TEMPAT Contohnya i'tikaf. I'tikaf tu di mana ? I'tikaf itu di masjid. Saya beri'tikaf di padang bola sepak ataupun di Bukit Cahaya Shah Alam. Senyap, tenang saya di situ. Sah atau tak sah ? Tak sah. Kena masjid. Bukan alasan i'tikaf untuk mencari ketenangan. I'tikaf adalah mutaabaatus sunnah, mengikut sunnah. Orang beri'tikaf di Bukit Cahaya Shah Alam, meskipun dia tenang macam mana pun, itu bukan i'tikaf.
Di dalam Islam, kaedah hukum syariat, ُالاَصْلُ فِيْ الْعِبَادَةِ التَّحْرِيْم al-aslu- fil 'ibaadah at-tahrim - Maknanya asal hukum dalam perkara ibadah, haram. 

Maknanya apa saja bentuk ibadah selama tidak ada apa-apa perintah, dalil, haram anda buat.

Ini kaedah fiqh - kaedah fiqh tak boleh berubah sampai kiamat.

Ataupun asal hukum dalam urusan ibadah, haram.

Apa saja yang sifatnya seperti ibadah, saya nak buat, haram hukumnya. Kecuali ada dalil.

Contohnya : Untuk meraikan hari lahir seseorang, daripada saya buat perkara yang tak elok, misalnya melancong ke sana sini, elok saya puasa sempena hari lahir saya. Berpuasa adalah ibadah. Asalnya adalah haram. Kecuali ada dalil yang mengatakan sempena hari lahir, sila puasa.

Selama tidak ada dalil yang memerintahkannya, haram hukumnya. Meskipun ia seperti ibadah.

Dalam Islam hanya ada kenduri walimatul urusy. Itu sahaja.

Dalam aqiqah pun kita masak, kita bagi pada orang.

Dalam Islam, ada potong jambul, yang tidak ada upacara memotong jambul.

Dalam Islam kita disuruh membaca semua surah dalam Al-Quran. Yang tidak ada mengkhaskan satu surah yang dibaca dengan cara tertentu, pada masa yang tertentu, pada malam yang tertentu. Dan macam2 yang ditentukan sendiri.

Membaca tahlil itu bagus. Upacara tahlil itu tak ada. Apa dia Upacara tahlil, Ustaz?

Yang dimulakan dengan Al-Ikhlas, disambung dengan 2 "Kul" disambung dengan Al-Fatihah, disambung dengan 5 ayat pertama surah Al-Baqarah, disambung dengan ayat kursi, disambung dengan 3 ayat terakhirnya surah Al-Baqarah. Ini tak ada kaifiyahnya. Kaifiyah, cara, toriqoh, yang mesti dimulakan dengan Al-Ikhlas Al-Falak, An-Nas,  ini tidak ada asasnya.  Ini yang dikatakan haram. Meskipun ada unsur2 ibadah disitu. Tapi al-aslu- fil 'ibaadah at-tahrim. Be careful, berhati-hati dengan urusan2 ibadah. 

Sehingga seperti orang kata, Islam di negara yang bukan di situ dia timbul, lebih "terer" ibadahnya daripada tempat asal Islam itu sendiri. Pusat Islam pun tak ada, di tempat lain berlebih-lebihan, over sangat.

Kaedah dalam Islam, yang pertama mestilah ikhlas, yang kedua hunafa', kategori mutaba'atus sunnah, tidak boleh lepas dari 6 yang di sebut tadi. Jenisnya, contoh haiwan qurban tadi. Contoh yang lain seperti zakat emas dan perak. Bermakna kalau berlian macam mana? Berlian tidak masuk zakat. Meskipun nilainya lebih mahal. Tapi Allah tidak sebut berlian. Atau mungkin pada zaman itu tidak ada berlian. Siapa kata pada zaman itu tidak ada berlian ? Adakah dia termasuk batu zamrud, ruby dan sebagainya...Allah sebut emas perak, itu sahaja !! 


Kadar - berlebih pun tidak boleh, kurang pun jangan.


Mengerjakan solat dhuha, bagus. Sempena tak boleh.


Saya membaca yasin. Bacalah yasin. Sempena tak boleh.


Menerima, memberi hadiah pada hari lahir adalah perkara sosial yang berlaku dalam masyarakat. Mudah2an ianya tidak menjadi satu "tashbeeh". Kita bimbang kita terkena dalam hadith Nabi : 


  مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ 


"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dihukumnya masuk kaum tersebut." - Hadith Bukhari Muslim.


Contohnya : 

  • Kita beribadah seperti dilakukan oleh orang2 Nasrani, bermakna "min hom" (dari kaum tersebut). 
  • Cara muamalah atau bersosial seperti orang Nasrani, "fa hua min hom". 
  • Kita lebih berbangga mengucap "Good Morning" daripada Assalaamualaikum "fa hua min hom". Tidak salah kita ucapkan good morning, tapi, kita mulakan dengan Assalaamualaikum. sebagai identity kita yang pertama.Tapi kalau kita malu mengucap Assalaamualaikum, bermakna "fa hua min hom". Nabi terus judge dengan kalimat 'dia masuk dalam kategori dalam kumpulan tersebut'.
  • Seperti ibadah meratap-ratap, menangis-nangis sama seperti orang Yahudi di tembok ratapan, "fa hua min hom".
  • Duduk bersanding adalah tradisi daripada hindu dan gereja.
  • Bertukar cincin (bertunang) adalah adat tradisi daripada ajaran gereja. Kita buat macam itu adalah "fa hua min hom". Bertunang itu bukan daripada Islam. Maknanya kalau dah suka kedua belah pihak maka terus dibuat akad nikah. Tanpa perlu ada bertunang, tunggu masa...Masaalah timbul, dia kata dia masih study lagi. Nak study, study. Halalkan dahulu. Isytiharkan. Masaalah nak buat kenduri tu bila, tak timbul masaalah. Ada calon pengantin lelaki/ perempuan, ada wali, ada saksi, mahar, ijab qobul, sah. Nak mengelakkan fitnah yang lebih besar lagi. Cincin masa ijab qobul tu tapi bukan dalam pertunangan (sebagai ikatan).
Untuk kita menguatkan ibadah kita, konsep bid'ah dalam Islam terkadang sesuatu ibadah meskipun ia nampak seperti ibadah tapi sekiranya terlepas dari 6 perkara tersebut, satu yang tak kena maka bukan lagi dikatakan ibadah. Kaifiyah seperti solat, kadarnya seperti solat tapi sebabnya tak kena, pun bukan dikatakan ibadah. Tetap dalam kategori bid'ah. 

Comments

Popular Posts