Perkataan Mubahalah - Jangan jadikan nama Allah itu sebagai satu mainan

Satu perkara yang sangat mendukacitakan, apabila pada hari ini, sesuatu perkara yang menjadi ciri khas dalam sebuah agama, menjadi satu permainan dan sudah menjadi perkara yang dipergunakan dari mulut ke mulut. Kaedah atau isu mubahalah yang pernah cetus pada satu masa dahulu sudah menjadi permainan. Semua orang bermubahalah pada hari ini.


"Kalau engkau menang, jom kita mubahalah"


Ada budak2 bermain bola sepak, tidak diketahui apa punca ceritanya tapi mereka berkata "Jom kita mubahalah ". Budak2 main bola sepak pun mubahalah.


Mubahalah adalah jalan terakhir sesudah bukti2 diajukan. Apabila antara A dengan B, masing2 mempunyai bukti2 yang kukuh, tidak ada jalan yang lain melainkan mubahalah, maka barulah bermubahalah. Dia bukan jalan yang pertama untuk menegakkan suatu kebenaran, tetapi adalah jalan terakhir sesudah dua belah pihak menunjukkan bukti dan fakta.


Kalau membaca surat khabar pun seperti begitu, pembesar mengajak pembesar bermubahalah. Tidak peduli pembesar atau tidak,  tetapi apabila membawa nama Allah, Allah itu yang besar. Jangan jadikan nama Allah itu sebagai satu mainan. Terlalu mulia. Kita menjadikan nama Allah sebagai jaminan untuk diri kita. Sedangkan orang nak guna nama kita pinjam (duit) dari bank, bukan semua orang boleh bagi. Meskipun pinjaman itu sampai ratusan ribu, mungkin10 ribu, mungkin 5 ribu. Mungkin dia pinjam nama kita untuk pinjaman setakat 3 ribu dengan Along, besok dia akan bayar. Bukan senang orang nak pinjam nama kita. Orang nak pinjam nama kita untuk mengukuhkan yang dia ini layak membuat pinjaman. Sedangkan nama kita pun, kita pun tak nak orang mempergunakan nama kita. Meskipun dengan tujuan yang baik sekalipun.


Apatah lagi nama Allah. Sebaik mana pun, pernah ditegaskan, gunakan nama Allah dipenghujung, apabila anda tidak menggunakan nama Allah sebagai sumpah, maka risikonya adalah mati.


Pada asalnya kes mubahalah dalam Al-Quran tidak melibatkan urusan2 hukum syara' tetapi urusan akidah. Dan yang diajak bermubahalah adalah orang2 Nasrani dan orang2 Yahudi oleh Rasulullah. Kita perlu perluruskan sejarah. Isu mubahalah asal mulanya bukan sesama Islam, ketika mereka menegakkan benang basah mereka menyatakan bahawa Isa ibnu Maryam adalah anak Allah. Sebagaimana orang Yahudi mengatakan Uzayy adalah anak Allah. Nabi pun berhujjah dengan "Kul hu Allahu ahad". Mereka tegak dengan pendirian mereka dan Nabi pun tetap tegak dengan pendirian Nabi s.a.w.. Maka tidak ada jalan yang lain. Nabi kata Jom kita beribtihad.


Kemudian yang kedua apabila ada kes li'an. Isteri yang  di li'an oleh suaminya pun bersumpah tetapi ini bukan mubahalah namanya.


Manusia hari ini dah bercelaru. Mereka dah pening diantara yamin, qasam dan mubahalah. Ketiga-tiga membawa makna sumpah - Yamin itu sumpah tapi sumpah yamin dibawa dalam perniagaan.


Contoh yamin ; Saya beli barang. Saya kata " Encik, bagus ke ni?" . Dia kata bagus. Saya kata "Berapa harga?" Dia kata rm100. Saya kata" 50 lah". Dia kata "Wallahi, modal pun dah 70 takkan Encik nak beli 50 ?" Dia menyebut nama Allah, bukan ia mubahalah. Dia kata "bersumpah palsu". Orang yang tak tahu kata "mubahalah ni".


Qasam; inilah yang dipanggil di mahkamah.


'Mubahalah, saya lebih cenderung, untuk isu yang melibatkan akidah.'


'Allahuakbar. Kalau hanya dengan sumpah sahaja, bebas seseorang, apa dah jadi dengan dunia ini?  Inilah akibat orang yang terlampu jaahil tentang masalah agama. Untuk puak2 yang mereka kata "Allah tak ada tangan, tak ada kaki, Allah tak ada di arasy, Allah di mana2" - Itu akidah. Dengan orang seperti ini, saya dengan Al-Quran dan hadith, dia dengan Al-Quran dan hadith, dengan pemahaman yang bagi dia betul, bagi Ustaz salah. Dah macam ini, Jom nabtahil, kita bermubahalah. Ini dalam bab akidah. Dalam bab syariah, bawa dalil, bawa bukti.'


'Allahuakbar. bila saya baca dalam akhbar, menangis hati ni, Allah, Begitu murahnya nama Allah sekarang. Begitu mudah kita menyebut Wallahi. Kita gunakan Allah sebagai guarantor, penjamin yang menguarantee perbuatan kita. Bila baca akhbar tu, saya rasa sedih. Bila kita melihat nama Allah dipermainkan sedemikian. Dimana iman kita? Ini bukan masaalah yang kecil, ini masaalah yang besar. Wallahi ini masaalah yang besar. Saya berdoa dalam hati, laknat mereka ya Allah, yang memainkan nama Engkau Ya Allah. Kalau dia benar, beri hidayah kepadaku Ya Allah. Kalau dia salah, tunjukkan kuasa Engkau kepada dia ya Allah.'


Jadikanlah menyebut nama Allah (bersumpah mubahalah) pilihan yang terakhir bukan pilihan yang utama.


Nabi s.a.w. dalam riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud, berkata "Sesungguh manusia apabila dia melihat kemungkaran dan dia tidak mencuba mencegahnya, besar kemungkinan Allah akan mengazab orang yang membuat mungkar tadi dengan semua orang yang berada disekelilingnya"


Siapapun yang mengucapkan mubahalah, kalau kita ada jalan untuk menyampaikan kepada individu tersebut, tolong bagi tahu dia, gunakan kuasa kita. Tegur dia. Sekurang-kurangnya kita sudah menegurnya. Sebab kalau kita tahu dan kita ada kuasa, kita ada link untuk menegur dia dan kita mendiamkan diri, bila azab Allah datang, bila dia kena, kita pun kena.


Yang dibimbangkan apabila dah semua orang main2 dengan nama Allah ini, cukuplah tsunami melanda Aceh, cukuplah gunung meletup di sana. Kita pun fikir takkan gunung Kinabalu akan meletus. Jangan jauh2. Lapan gunung di Indonesia yang sudah dinyatakan mati, 500 tahun tidak aktif, sekarang dah aktif balik. Allah nak buat, apa2 Allah boleh buat. Bila Allah dah marah, apa pun Allah boleh buat. Kalau kita terlampau "kanud" , terlampau kurang ajar kepada Allah, semakmur apa pun sesebuah negeri, Allah akan hancurkan mereka. [ rujuk surah Al-Balad ]

Comments

Popular Posts