Berani membuat suatu cara ibadah yang tidak pernah diizinkan oleh Allah itu syirik

Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang berani menetapkan aturan agama yang tidak diizinkan oleh Allah....... [Ash-Syura 42 : 21]


Maknanya dalam urusan agama kena pasti ia sudah diatur oleh Allah, tak boleh memandai-mandai dalam membentuk apa saja aktiviti dalam agama.


Contohnya diamalkan oleh orang2 yang dengan cara memukul rebana dengan menyanyi dengan sebutan Allah, Allah, Allah, Allah, berzikir kemudian mereka bertepuk, merasa satu kenikmatan di situ, mereka berzikir dengan 2-3 suara. Adakah mereka berani membuat suatu cara ibadah yang cara ini tidak pernah diizinkan oleh Allah. Maka siapa saja yang meredhai cara ini, mereka sudah mengambil risiko untuk menjadi sekutu kepada Allah, iaitu syirik.


"Saya melihat sekumpulan orang yang berzikir indah betul Ustaz zikirnya. Bagus Ustaz. Saya pun merasa seronok." Kata Ustaz, "Anda izinkan ?" Jawabnya "Saya rasa ok". Kata Ustaz, "Anda syirik! ". Kenapa ? Cara zikir ini tidak pernah diajarkan oleh Allah. Sebab ini adalah merupakan ibadah. Maka dengan begitu keras dalam ayat Ash-Syura ini Allah mengatakan "Adakah mereka memiliki sekutu-sekutu yang mereka begitu lancang berani membuat syariat yang Allah tak bagi izin pun.". 


Seperti Allah buktikan dalam surah Al-Anfal, ayat 35 (8:35), keadaan orang2 yang mencari-cari jalan selainkan apa yang dicontohkan Nabi, ini Allah sebut dah dalam surah Al-Anfal surah ke 8 ayat 35.


Dulu, kata Allah, orang2 jahiliyah mereka beribadah kepada Allah tetapi ibadah yang mereka buat ini mereka reka2 sendiri. Walaupun mereka rasa close dengan Allah dengan cara tersebut. Itu apa ? Solat mereka merupakan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Bagi mereka inilah solat kami. Solat adalah mewakili ibadah. Allah memberi satu makna implicit di sini. Dan diantara mereka ada yang mereka reka ibadah. Tujuan mereka apa ? Ingin mendekatkan diri kepada Allah. Tapi dengan cara yang tidak di syariatkan. Mereka bersiul-siul, mereka bertepuk tangan.Walaupun mereka rasa khusyuk di situ. Tak boleh, tetap tak boleh. Jadi, apa cara sekali pun yang ia bukan daripada Allah,  tidak pernah diamalkan Rasulullah maka ini ditolak oleh Islam. 


Ada contoh yang lain. Terkadang, suatu perbuatan itu disyariatkan. Dikatakan ibadah sesuatu itu apabila sesuai dengan apa dicontohkan Nabi. Tapi meskipun perkara itu ibadah, tidak kena kepada keadaannya, caranya, maka tidak jadi ibadah.


Contohnya, kita disyariatkan solat berdiri, Kemudian kerana kita ini ingin khusyuk, untuk mendapat extra bonus, kita berdiri jugak, tapi kita berdiri bawah terik matahari, kalau saya solat zuhur, orang lain solat zuhur dalam aircon, of course mereka boleh khusyuk, saya nak buktikan yang saya boleh khusyuk, dia pun solat di diluar. Adakah ini membawa pahala yang lebih ? Tidak. Bahkan ini adalah bid'ah, mungkar. 


Ada contoh lain. Ada sahabat berpuasa, dan berdiri dibawah terik matahari. Nabi bertanya kepada sahabat, "kenapa dia buat begitu?" Jawabnya "Dia mahu mendapat nilai bonus, Ya Rasulullah.". Nabi panggil dia. Nabi kata, "Masuk, duduk.". Buat sepertimana kamu berpuasa. Maknanya pada zaman Nabi pun, ada sahabat yang ingin mendapat extra pahala tapi dengan cara sendiri - tak boleh !


Nak dapat nilai bonus pahala, apa yang Nabi contohkan tu buat - Dapat bonus pahala


Contohnya :أعوذبالله من الشيطان الرجيم 


Kita tambah lebih : أعوذبالله السميع العليم من الشيطان الرجيم


Kita menambah Asma'ul husna di situ DAN itu hadith Nabi. Soheh. Boleh.


Tapi mesti ada dalil ! Kalau menambah sendiri yang tak ada contoh,  tidak boleh.









Comments

Popular Posts