Allah memuliakan Nabi Adam dengan ilmu


Allah mengajar isim2 iaitu semua nama2, kepada Adam.  [ Al-Baqarah 2:31]

عَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ [٢:٣١]

And He taught Adam the names of all things; then He placed them before the angels, and said: "Tell me the names of these if ye are right."


Dalam majlis ilmu ada manusia dan jin. Jin kalau ada majlis ilmu, mereka akan datang. [dalam surah Al- Jinn  72:1].

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا [٧٢:١]

Say: It has been revealed to me that a company of Jinns listened (to the Qur'an). They said, 'We have really heard a wonderful Recital!



Dalam majlis ilmu, malaikat akan turun dan membentangkan sayapnya. Don’t imagine sayap malaikat. Sayap malaikat tak semestinya 2. Dalam surah faatir, surah 35 ayat pertama, malaikat sayapnya ada 2, 3, 4.....Malah ada malaikat yang Allah tambahkan bilangan sayapnya sesuka hati Allah. Kita alam dunia, samplenya satu sahaja, sayapnya 2. Nabi kata malaikat maut, bilangan matanya sebanyak bilangan manusia di dunia. Don’t imagine how. Kita tak boleh sampai ke sana. Kita hanya tahu manusia dua sahaja. Di alam akhirat tak semestinya dua.


الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۚ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٣٥:١]

Praise be to Allah, Who created (out of nothing) the heavens and the earth, Who made the angels, messengers with wings,- two, or three, or four (pairs): He adds to Creation as He pleases: for Allah has power over all things.


Allah mengajar semua nama2 kepada Nabi Adam. Apa yang diambil di sini. Ternyata, manusia, Allah memuliakan dari malaikat. Malaikat sentiasa bertasbih, mensucikan Allah.  Allah memuliakan Adam, bukan dengan tasbihnya tapi  dengan ilmunya. Sebab itu, yang memuliakan kita itu ilmu. Ilmu itu sangat2 mustahak. Apa pun kerjaya kita selagi kita boleh belajar, kita mesti belajar.
Lepas itu Allah menunjukkan Adam, tunjukkan kepada malaikat,  supaya malaikat mereka menerima bahawa mereka tak ada kelebihan macam kelebihan Nabi Adam.

Comments

Popular Posts