Berapa rakaatkah Nabi kerjakan untuk solat terawih ?

Untuk beramal soleh, kita mesti berniat kerana Allah DAN mengikut cara (mutaaba'ah) yang Allah inginkan.

Ibadah sunat bersifat individu. Ibadah sunat yang dikerjakan berjemaah termasuk :
  1. Solat Eid
  2. Qiam Ramadhan
  3. Solat Istisqo'
  4. Solat Gerhana bulan ( khusuf )
  5. Solat Gerhana matahari (kusuf )
Selain itu, ibadah sunat dilakukan bersendirian.

Istilah terawih di popularkan semasa pemerintahan Umar Al-Khattab. Pada zaman Nabi, tiada istilah terawih, tetapi hanya Qiam Ramadhan. Qiam bererti mengimarahkan atau membangunkan. Jadi Qiam Ramadhan adalah mengimarahkan Ramadhan.

Kata Nabi s.a.w. (bersempena Qiam Ramadhan), Sesiapa yang bersolat dengan Imam, ditulis baginya seperti solat sepanjang malam

Di Morocco, jumlah rakaat yang dilakukan untuk qiam Ramadhan termasuk, 11, 21, 23, 37, 41, 45, 50.

Semua ini berpunca dari hadith Nabi yang berikut :

"Sesiapa  yang bangun di waktu malam dan berpuasa di bulan Ramadhan semata-mata kerana beriman kepada Allah dan semata-mata mengharapkan balasan daripada Allah, pasti akan diampunkan baginya segala apa yang terdahulu daripada dosa2nya." [ Bukhari Muslim].

Oleh kerana hadith inilah jumlah2 rakaat yang bilangannya berbeza-beza. Puncanya :
  • Keumuman hadith tentang ibadah Qiam Ramadhan
  • Nabi hanya keluar berjemaah 3 malam sahaja ( iaitu malam 25, 27 dan 29) . Selama 3 malam ini, yang Nabi lakukan dengan sahabat adalah 8 rakaat (yang surahnya sangat panjang, contohnya surah Al-Baqarah, surahAli Imran) dan 3 rakaat witr ( satu salam ). Bermulanya Nabi Qiam Ramadhan, akan habis hampir atau pada azan subuh. Sahabat akan bergegas untuk bersahur, habis sahaja Nabi witir.
  • Ianya sunnah fe'liah (perbuatannya Nabi) kerana tidak ada ketentuan Rasul. Walaubagaimanapun kaum salaf melakukan 8 rakaat dan 3 witr. 
  • Kaum tradisional yang melakukan selain ini melakukan balik kepada asalnya, iaitu kembali kepada keumuman hadith tersebut
  • Diantara para sahabat (bukan khulafa' Ar-Rashidin), mereka berijtihad ( berinisiatif)  untuk menambah rakaat dan memendekkan solat kerana ramai tidak kuat untuk berdiri lama.
  1. TIDAK ADA riwayat yang keempat khulafa' Ar-Rashidin membuat 20 rakaat.
  2. Yang ada sunnah fe'liah sahaja.
  3. Kata Aishah r.a. Nabi tidak lakukan lebih dari 11 rakaat.
  4. Selain 3 hari yang nabi berjemaah Qiam Ramadhan, Nabi melakukannya di rumah kerana beliau bimbang Allah akan mewajibkan terawih kepada umatnya.
  5. Bagi mereka yang mengatakan Nabi tidak pernah melarang, soalan kepada mereka - Nabi tidak pernah melarang solat subuh 4 rakaat tapi adakah boleh solat subuh 4 rakaat ?
  6. Di Mekah, terawih dilakukan 2 kali, terawih awal dan akhir untuk memberi peluang pada musafir untuk mendapat fadhilat.
  7. Hadith yang mengatakan Umar mengerjakan terawih 20 rakaat adalah lemah. Hukum akal pun menolak sahabat berani membuat selain yang dibuat Nabi s.a.w.
Bagi kita yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat, dalam mengamalkan sesuatu, hendaklah kita rujuk kepada Nabi sebagai contoh sebagaimana Allah telah sebut dalam Surah Al-Ahzab [ 33:21 ].

Surah 33. Al-Ahzab, ayat 21:


لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.


Comments

Popular Posts