Kelebihan Umat Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang Ramadhan
Nabi bersabda : Telah diberikan kepada umat ku 5 kelebihan, yang kelima kelebihan ini tidak diberikan kepada umat2 selainnya - hadith Nabi s.a.w. di dalam kitab Musnad Imam Ahmad.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Kita maklum bahawa pensyariatan puasa bukan hanya untuk umat Nabi Muhammad. Tetapi umat2 sebelumnya pun sudah disyariatan untuk berpuasa seperti dalam surah Al-Baqarah [2:183]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [٢:١٨٣]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Sebagaimana puasa itu telahpun di fardhukan oleh umat2 Nabi sebelumnya.Walaupun puasa adalah syariat yang biasa, peraturan dan undang2 yang berlaku kepada semua agama samawi, tetapi khas untuk umat Rasulullah s.a.w. kata Nabi, Umatku diberikan 5 keutamaan yang Allah tidak pernah berikannya kepada umat2 sebelumnya walaupun mereka juga difardhukan berpuasa.
- Aroma yang keluar dari mulut orang yang berpuasa, disisi Allah adalah ia lebih wangi daripada minyak kasturi.
- Dalam keterangan ini ada dua mafhum (kefahaman). Yang pertama, sekecil-kecil perkara yang dilakukan orang saa’im, ia dikira Allah, apatah lagi yang besar. Dalam dalam kes ini, kalaulah bau mulut itu dikira/dibalas Allah, apatah lagi orang yang lakukan solat dhuha atau bersedekah pada bulan Ramadhan.Tentu yang lebih besar diperhitung oleh Allah. Dalam hadith Qudsi, Allah menyebutkan ‘Setiap amalan anak Adam itu kembali kepada diri sendiri [ Surah Al-Isra' 17:7] ) إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ tetapi bab puasa itu milik Aku. (Aku yang menghitung, kembali kepada Allah) dan Aku sendiri akan membalas.’ Kalau kita perhatikan, di dalam Al-Quran, dalam hadith Nabi, dalam bab solat, sudah jelas jannatun tajri. min tahtihal anhar.., dalam bab zakat, jelas, haji lagi jelas, sodaqah,jelas contoh katalah seringgit jadi 7, 7 bercabang jadi seratus. Setiap amalan dalam Islam Allah terangkan pahalanya. Tapi bab puasa Allah tak sebut. Menunjukkan bahawa satu2 nya ibadah yang dirahsia Allah dari segi pembalasan hanya puasa. Samaada balasan yang lebih daripada ibadah2 yang lain ataupun langsung tidak ada sama sekali. Sebab bab puasa Allah kata li, puasa ini aku punya. Dan Aku yang akan membalas bab puasanya.
- Ada dua kemungkinan iaitu kemungkinan pahala yang maha dasyat pahalanya atau pahala yang maha kosong nilainya. Sebab dalam hadith, sesiapa orang yang tidak meninggalkan perkataan bohong, perbuatan2 dusta, perbuatan2 yang sia2 ketika dia berpuasa, kata Allah tidak ada hajat apa2. Dia berpuasa tetapi tidak ada pahala apa2, pahalanya kosong. Nabi sebutkan secara implicit, bermula terbit fajar, kalau dah start niat untuk berbohong, tiba2 berbohong, apa pun alasannya, bermula dari itu Aku tidak perlukan kepada puasa itu. Dia kata, Oh kalau macam itu, batalkan saja puasa itu ? Oh lagi berdosa. Anda buat dua dosa besar. Ya Allah saya dah berbohong dah. So buat macam mana ? Teruskan puasa tersebut untuk menguggurkan kewajipan. Pahalanya macam mana ? Kalau ikut hadith tadi, kosong. Kan sayang... Apalagi satu hari dah berpuasa, pukul 7 orang telefon, sebut tentang 3rd person, setengah jam lagi buka puasa. Bermaksud dah amal kazib, perbuatan yang sia2. Bercakap tentang orang lain, ketika berpuasa, puasa gugur kewajipan tapi pahala zero. Ini betul2 puasa zahir batin.
- Kenyataan hadith ini bukan dari aspek kebersihan. Bermakna bau mulut yang keluar daripada mulut orang yang saa’im, orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi ALLAH. BUKAN disisi manusia. Dimaksudkan dengan hadith ini tidak menafikan aspek kebersihan dalam Islam.
- Para malaikat sentiasa beristighfar untuk orang yang berpuasa hingga dia berbuka.Ini tidak dijumpai untuk umat yang lain. Semua malaikat, yang bilangannya melebihi bilangan manusia, semua beristighfar. How ? Kita tak boleh terangkan kerana ini perkara samiyyat. Kita dengar tapi tak dapat dirasa. Tapi kita wajib mempercayainya.
- Allah memerintahkan kepada syurga setiap hari untuk berhias secantik mungkin, mempersiapkan dirinya untuk menyambut para saa’imiin. Dipenghujung hidup kita nanti, orang yang sempurna puasa Ramadhan akan masuk syurga yang syurga nya berbeza daripada orang lain. Bukan isinya sahaja, pintunya pun berbeza. Allah menyediakan pintu Rayyan, Bab Ar-Rayyan, pintu di syurga yang VIP nya hanya untuk orang yang rajin berpuasa sahaja. Maknanya kalau yang puasa sunat pun dia rajin, apatah lagi puasa Ramadhan. Orang yang seperti ini, dia akan masuk syurga yang classnya berasingan daripada orang yang rajin solat malam, rajin bersedekah, rajin baca Quran. Ianya khas untuk orang2 yang saa’im.
- Allah memerintahkan kepada semua jin dan syaitan untuk dikekang di api neraka. Jin kafir dan syaitan yang bentuk tubuhnya dikurung Allah sepanjang bulan Ramadhan tetapi jangan lupa, selama 11 bulan, syaitan telah melatih penolongnya yang terdapat dalam diri manusia dalam bentuk hawa nafsu.
- Ibadah pada bulan ini dilipat gandakan oleh Allah pahalanya yang tidak dilipat gandakan pada hari2 lain selain Ramadhan [dalam kitab Musnad Imam Ahmad, bab zakat]
23/7/12
Comments