Azab kubur yang paling ringan
Azab kubur yang paling ringan
adalah disebabkan kencing tak basuh. Kadang-kadang terpercik. Ada satu percikan,
kena kaki misalnya, perasan tak perasan pun no reason, akan diazab kubur.
Ada satu hadith Bukhari Muslim. Nabi lalu
sebuah kubur. Nabi terdiam. Kemudian Nabi berdoa. Ya Allah ringankan dia Ya
Allah. Sampai Nabi menangis. Para sahabat menanya “Ya Rasulullah, kenapa Tuan begitu
sangat...” Nabi berkata “Seandainya kamu mendengar apa yang terjadi di kubur ini, kamu tidak akan hidup.
Terkejut kamu. Kamu boleh mati sekarang juga". What happen Ya Rasulullah ? "Sesungguhnya yang di kubur tengah diazab. Dia melolong lolong kesakitan. Yang
sekiranya lolongan dia ini didengar semua manusia di bumi ini semua akan mati ketakutan". Sedasyat itu ke Ya
Rasulullah ? "Ya". Dia buat apa Ya Rasulullah ?" Dia kencing, tidak bersihkan". Dia mesti make sure dia mesti bersihkan. Ya
Allah, hanya sebab percikan kencing yang tak dibasuh demikian dashatnya diazab
oleh Allah.
Ini menunjukkan Islam itu
agama pembersih. Jadi orang Islam yang pengotor itu tidak layak mengatakan dia
orang Islam. Sebab dalam Islam itu sedemikian detail. Kalau kencing yang percikan
kecil/sikit itu pun sudah menjadi sebab Allah nak seksa kamu, nak balon kamu cukup
cukup di alam barzakh, bagaimana dengan yang tak solat, yang berzina, yang
derhaka dengan mak bapa ? A'uzubillah. Ambil iktibar dari cerita ini.
Sekira diamalkan tuntutan
Islam ini, tandas2 awam dinegara kita ini tidak akan berada di dalam keadaan
yang sedia ada sekarang. Walhal kita negara
Islam ni. Negara kita ini menjadi wajah kepada Islam.
Comments