Masaalah bertubi-tubi - Jawapannya Allahu Akbar

Apa yang kita baca, kita mesti faham.


Ada orang datang kepada Ustaz, dia kata "Ustaz, saya ada masaalah sebegini sebegini". Jawapan Ustaz "Allahu Akbar". Dia tak faham (maksudnya Allahu Akbar).


Para ulama' dahulu mereka tidak 'memberi nasihat' tapi dengan jawami'ul kalim, iaitu perkataan yang simple tapi mengandungi makna yang luas. Bila seseorang mengeloh, masaalah semua, Ustaz kata "Allahu Akbar". Dia kata kenapa setiap kali saya cerita, Ustaz kata "Allahu Akbar". Ustaz kata "Yang besar tu siapa?".


Masaalah = Asghar (kecil). Kata dia "Ustaz, masaalah datang bertubi, tubi". Yang besar tu siapa ? Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Bermakna selain Allah.... asghar (kecil).  Lawan kata Akbar ialah Asghar.


Tanamkan dalam diri kita; bila ada masaalah....Allahu Akbar !! Yang besar itu Allah.


Bila masaalah keluarga, masaalah anak semua... Allahu Akbar. Yang besar tu Allah. Masaalah, kecil semua.


Sekiranya satu masa bila manusia berfikir, "tak boleh..." "saya nak mati". Itu syirik. Ini bermakna dia beranggapan ada yang lebih besar dari Allah. Baru dia faham. Tenang.


Masukkan spirit dalam diri kita - Allahu Akbar - kita boleh menghibur hati kita.

Comments

Popular Posts