Selama manusia terjemahkan rezki dengan duit, selama itu manusia tidak akan bersyukur kepada Allah
Disini kita kena tengok pada diri2 kita. "Banyak doa yang saya panjatkan kepada Allah seakan-akan belum didengar oleh Allah". Kalau kita katakan tidak dengar itu, tidak. Allah akan mendengar doa semua hamba2nya. Tetapi doa itu ada 3 macam :
- yang Allah terus bagi kepada dia
- yang Allah tunda dahulu hingga satu masa dimana Allah anggap dia layak untuk bagi
- yang Allah tukarkan dengan yang lebih baik
Seorang dia minta kepada Allah dari masa mudanya sampai dia berpuluh tahun, dia meminta kekayaan. Allah tahu orang ini kalau Allah beri kekayaan yang melimpah, dia akan lupa kepada Allah. Allah bagi pada segi zahirnya rezkinya, biasa sahaja, boleh makan boleh minum, selesa. Tapi doa dia, Allah tukar dengan bentuk rezki yang lain - mungkin duit tak banyak tapi anak2 yang baik, yang soleh dan solehah. Pasangan yang baik, yang soleh dan solehah. Tidak banyak masaalah karenah dari keluarga. Mungkin secara zahir dia rasa duit tak cukup (cukup2 makan) tetapi tanpa dia sedar, Allah telah memberikannya rezkiya.
Satu hari, Professor Hamka didatangi oleh seseorang lelaki, dia kata "Wahai BuYa ( Gelar Ustaz bagi orang minang) doakan saya supaya saya banyak rezki."Bu Ya menjawab "awak tadi datang sini naik apa?" Dia kata, "naik kereta", Bu Ya kata "Isteri sihat?" Dia kata " Sihat." Bu Ya kata "Anak sihat?" Dia kata "sihat". Bu Ya kata "Boleh makan tak?" Dia kata "boleh". Bu Ya kata "Boleh dengar saya cakap tak ?" Dia kata "boleh". Bu Ya kata "Boleh lihat tak?" dia kata "boleh."Bu Ya kata " Boleh berjalan tak?" Dia kata " boleh" Bu Ya kata "Itu bukan ke rezki ?"
Selama manusia menterjemahkan rezki dengan duit, selama itu manusia tidak akan bersyukur kepada Allah.
Comments