Al-A'immah Arbaah pt 3 - Imam Syafie

Nama asal beliau adalah Muhammad Idris As-Syafie. Beliau adalah keturunan yang ke-7 daripada Rasulullah s.a.w.- Masih merupakan nasab kepada Rasulullah s.a.w. Dilahirkan di Gaza, Palestin. Dilahirkan padabulan Rejab pada tahun wafatnya Imam Hanafi ( 150 hijrah ). Ketika lahir Imam Syafie, maka orang2 berkata, "Telah hilang satu mutiara,  Allah ganti dengan mutiara yang lain". Beliau meninggal di Mesir pada 29 Rejab, 204 Hijrah, pada hari Khamis, malam Jumaat.


Sehingga kalau kita pergi Mesir ada Masjid As-Syafie, Masjid Imam Syafie.


Imam Syafie telah menghafal Al-Quran semasa usia beliau 8 tahun.


Karya Imam Syafie adalah Kitab Al-Umm. Imam Syafie lah yang pertama mengklasifikasikan hadith dalam Kitab Al-Umm beliau. Maknanya dalam kitab Muatta', dalam fiqh al- kabir Imam Hanafi itu bercampur semuanya - yang penting hadith semua. Bab wudhu', bab puasa, bab haji, bab sadaqah, bab jihad semua, bab zakat. campur semua. Imam Syafie mengklasifikan semua itu. Sebelum Al--Umm, beliau menulis kitab Ar-Risaalah.


Ar-Risaalah adalah tentang usul fiqh (source of fiqh - akar) . Al-Umm tentang fiqhnya.(undang2/ kanun-batang/ranting2nya)


Diantara murid Imam Syafie terkenal dan cukup2 disayang oleh Imam Syafie adalah Imam Ahmad Ibn Hanbal.


Ada sebuah cerita sejarah yang menarik : Imam Syafie ini ketika datang ke majlis ilmu Imam Maalik, ia masih muda lagi, remaja belasan tahun. Imam Maalik memanggil seorang budak iaitu Imam Syafie. Mula2 Imam Maalik menanya nya, "Selama seminggu kamu belajar sama saya, apa yang kamu dapat ?". Kata Imam Syafie, "Tuan Guru, boleh tak saya nak sebutkan pada Tuan Guru apa yang saya belajar?". Ok. Maka Imam Syafie pun duduk dihadapan Imam Maalik dan dia menyebut semua isi; dia telah menghafaz kitab Al-Muatta' dalam masa 7 hari sahaja. Sehingga Imam Maalik ta'jub dengan Imam Syafie, kata Imam Maalik "kalau aku uzur atau  berhalangan Syafie lah pengganti aku." Maknanya kitab yang pertama Imam Syafie menghafal sesudah Al-Quran adalah kitab Al-Muatta'. 


Imam Syafie begitu hormat dan begitu sayang kepada gurunya Imam Maalik. Maknanya jangan mudah2 condemn Imam Maalik. Ada orang yang kata "Kat Mekah tu ada orang yang tak bersedekap tu, Imam Maalik tu, sesat tu.." Yang tuduh Imam Maalik sesat bermakna menuduh Imam Syafie sesat. Sebab itu gurunya. Kalau guru sesat, automatic, anak murid pun sesat.  Betapalah bezanya kalau kita mengetahui sejarah.

Comments

Popular Posts