Bercakap tentang Al-Quran tanpa ilmu

Untuk mentafsir Al-Quran, tidak boleh sesuka hati. 


Nabi s.a.w. memberi ancaman "Sesiapa yang bercakap dalam urusan Al-Quran dengan pendapatnya sendiri ataupun dengan apa2 yang dia tidak ada ilmu padanya maka hendaklah dia segera menempah tempatnya di neraka".  Sebab itu bukan senang kita nak mentafsirkan Al-Quran. Allah tak kata "two", dia kata "two" . Allah tak kata "A", dia kata "A". 


Kalaulah kita, apa kita rasa bila orang kata kita bercakap benda yang kita tak cakap?


Ajaran Al-Quran itu mudah  untuk di pratikkan tetapi sesuatu yang mudah, jangan dipermudahkan. Contohnya kita kata pada seseorang " Silalah ke rumah saya." Adakah bermakna tengah malam buta kita datang masuk rumah orang tanpa kebenaran, mentang2 tuan rumah kata "anytime". Pukul 11 malam. 12 malam, satu pagi. Dia memberi kemudahan, tapi jangan mempermudahkan. 


Al-Quran itu mudah untuk difaham. Bukan bermakna kita mempermudah untuk bercakap bahasa Al-Quran. Itu Bahaya ! Seperti dalam surah Yasin, ia condemn orang yang menghadiahkan pahala. 


Dalam surah Yasin, "Kamu tak boleh nak forward pahala kepada orang".  ( rujuk Surah Yasin surah ke 36 ayat 54 ). [ Wala tuj zauna illa ma kuntum ta'maluun ] - "Dan kamu tidak dibalasi kecuali dengan apa yang kamu kerjakan." ( you cannot get pahala if someone else is doing the deeds)


Kita hanya boleh mendoakan. 


Dalam Islam, sendiri buat, sendiri tanggung. Tidak ada sedekah pahala dalam Islam. Kalau pahala boleh disedekahkan, bermakna dosa pun boleh disedekahkan juga.


Dalam Yasin pun mengatakan "Quran itu tidak lain hanyalah merupakan ZIKR, sebagai sesuatu bagi peringatan kepada manusia. Dan merupakan bacaan yang jelas maknanya" ( Surah Yasin, ayat 69-70 ) [ In hua illa zikrun wa Quraanum mubiin ]


Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan supaya dia memberi peringatan kepada orang2 yang HIDUP dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang2 kafir.


Quran itu berfungsi untuk memberi peringatan untuk yang hidup, samaada yang hidup hatinya atau yang hidup badannya.  ( 36 : 69 -70)  Bermakna kalau kita membaca Yasin kepada orang yang sudah mati, bermakna opposite, ayat ini,  kita menentang ayat ini. 


Membaca Yasin itu, pahalanya untuk kita. Bertawasul dengan Yasin untuk mendoakan seseorang itu betul. .

Ini satu panduan bagi kita. When we talk about Al-Quran, hati-hati . Jangan pernah berdasarkan atas pendapat kita. Dan jangan bercakap dalam hal Al-Quran tentang perkara yang kita tak tahu. 


Kalau bercakap tentang Al-Quran kita mesti berdasarkan mengikut tafsir, contohnya Ibnu Kathir macam mana, tafsir At-Tabaari macam mana.


Sebab itu kita mesti banyak buat rujukan tafsir. Yang terkenal termasuk :
  1. Tafsir Ibnu Abbas (sahabat), 
  2. Tafsir At-Tabaari (Tabi'iin), 
  3. Tafsir Ibnu Kathir (Tabiut-tabi'iin) , 
  4. Tafsir Al-Azhar (Professor Hamka). 
Mereka mempunyai capability untuk mentafsir Al-Quran. Kita hanya mampu mengikut sahaja.








Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan supaya dia memberi peringatan kepada orang2 yang hidup dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang2 kafir. [ Surah Yasin, ayat 69-70 ]

Comments

Popular Posts