Orang ikhlas adalah orang yang tidak mengharap balasan bila berbuat sesuatu

Ikhlas merupakan akhlak kita pada Allah. Ia boleh masuk di akidah dan boleh  di akhlak. Orang kalau ikhlas, maka solatnya pasti betul. Orang ikhlas adalah orang yang berbuat sesuatu tanpa mengharap balasan apa2.

Kenapa dikatakan orang ikhlas adalah orang yang tidak mengharap balasan bila berbuat sesuatu ? Jawapannya dalam surah Al-Insaan ayat 8-9 . 

Kami memberi makanan kamu  ini semata-mata mengharapkan keredhaan Allah sahaja. Kita tidak meminta balasan kamu dan kami tak tunggu pun ucapan terima kasih  [ rujukan : Al-Insaan 8-9].

Jangan terkilan, bila kita bagi orang, orang itu tidak cakap terima kasih. Tetapi bila kita beribadat, kita berharapkan balasan daripada Allah itu wajib. Kita dengan Allah dan kita dengan manusia itu lain. 


Al-Insaan ayat 10 : Sebab kita takut samaada kebaikan kami ini Allah terima atau tidak.
Kami takut dengan berharap balasan manusia ini, maka habislah  balasannya daripada Allah. 


Bila kita mengharap balasan orang, orang tu balas pada kita ( bererti kita tak mengharapkan Allah balas pada kita kan sebab kita harap orang itu yang balas kita ). Maka dah settle dah.


Kenapa ? Pasal "kebaikan" kita sudah dibalas ; dengan catatan kita mengharap dia membalas kita.


Dalam istilah orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Dia nak balas atau tak balas itu kerja dia. Kita dah buat baik jangan mengharapkan dia. Kenapa ? Bila kita mengharapkan  dia balas kita maknanya dah settle. Dengan Allah tak ada apa2 lagi.


Kata Nabi "Tidak dikata bersyukur kepada Allah, orang yang tidak bersyukur kepada manusia".


Itu lah perfect nya Islam. Kita yang memberi jangan mengharap. Kamu yang diberi kena tahu budi bahasa.


Ikhlas itu tempatnya di hati, bukan di mulut.


Bahkan kita mengatakan "Saya ikhlas ni, bagi ni ". 


Kenapa ? Kita nak bagi tau dia yang kita ikhlas. Nak bagi tau orang kita ikhlas bermakna kita tak ikhlas.


Comments

Popular Posts