Halal Haram dalam pemakanan - Islam menilai yang zahir. Tidak ada hukum kot-kot ( sangkaan )

Islam menilai yang zahir. Tidak ada hukum kot-kot. 


Zon ( Sangkaan)
Contoh kita makan di hotel 5 star. Basically dia akan pakai bebagai macam minyak. Kita nak order telur sunny side up katakan. Dia ambil kuali baru, zahirnya nampak bersih. Ada kemungkinan dia menggunakan kuali yang dia gunakan untuk masak babi. Tapi kita tak nampak minyak babi. Zahirnya bersih, tak nampak minyak babi dan sebagainya. Kita tak boleh kata kot kot. Islam menilai pada yang zahir. 

Dalam Al-Quran mengatakan "Perasaan zon (sangkaan) itu tidak memberi manafaat apa2 kepada kebenaran." Yang benar nampak bersih. Perasaan zon( kot kot).  Zahirnya dia bersih.  

Ismi'zaaz ( Perasaan jijik/geli )
Hanya kalau timbul perasaan ismi'zaaz., perasaan jijik  atau geli maka kembali kepada diri kita sendiri. Contohnya makanan yang asalnya halal menjadi haram untuk kita sebab kita geli atau jijik. Kita tak boleh kata pada orang itu haram. Contohnya siput babi atau escargots. Ia halal. Tapi mungkin kita geli. 

Sebagaimana Nabi tak makan dhab, biawak gurun. Tapi adakah dhab itu haram ? Tidak, hanya Nabi merasa geli. Maka ketika Nabi melihat sahabat makan, Nabi mengambil dan tanya, "Apa ni?". Sahabat kata " Sedap Ya Rasulullah. Ia dhab". Mendengar dhab, Nabi ketepikan. Nabi ambil daging yang lain. Sahabat bertanya " Haram ya Rasulullah ? ". Nabi kata "tidak..". Hanya Nabi tak biasa memakan dhab dan menegahkan dirinya untuk makannya, bukan kerana dhab itu haram.

Macam escargot tadi, kalau kita geli, bagi diri kita, kita mengharamkan diri kita untuk memakan nya, tapi kita tak boleh kata pada orang ia haram. Cacing tanah, bagus untuk rheumatism. Kalau tak geli, tiada masaalah. 

Ada orang yang dia tak makan arnab. Adakah arnab itu haram? Tidak. Tapi orang yang tidak lalu makan, bagi diri dia, haram. Adalagi orang yang tidak makan ikan keli, atau belut. Ada kah dia haram ? Tidak. Tapi ada pada dia ismi'zaaz. Ismi'zaaz istilah fiqh Syafie. Selama ada perasaan geli maka jangan dimakan. Ia menjadi haram bagi pihak orang tu sahaja. 

Dalam kita membicarakan masaalah makanan ini, halal, haram semuanya, untuk kita lebih selamat ; Nabi kata "Sesiapa yang jaga dirinya masuk kepada perkara diri daripada shubuhat, maka sungguh dia sudah membebaskan dirnya daripada benda2 yang kemungkinan haram.".

Tapi kalau kita yakin, tiada masaalah. 

Comments

Popular Posts